Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB kecam serangan penjara dari udara, ragut 70 nyawa

Jan 23, 2022 | 5:30 AM
a725379c-99ee-4a5e-8aa6-2196352c4491
-

SAADA (Yaman): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, Khamis lalu mengecam serangan udara ke atas penjara negara itu hingga mengakibatkan 70 orang terbunuh.

Pemberontak Houthi mengeluarkan rakaman video mengerikan, menunjukkan mayat di dalam runtuhan serta yang hancur akibat serangan itu, sehingga memusnahkan bangunan penjara di kawasan mereka di Saada.

Di sebelah selatan di bandar pelabuhan Hodeida, sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak maut apabila serangan udara oleh pakatan diketuai Arab Saudi mengenai kemudahan telekomunikasi ketika mereka sedang bermain di kawasan berdekatan, kata pertubuhan antarabangsa, Save the Children.

Yaman juga mengalami gangguan Internet di seluruh negara.

Di Riyadh, pakatan diketuai Arab Saudi kelmarin menafikan dakwaan pihak mereka melakukan serangan udara ke atas penjara dikuasai pemberontak di utara Yaman yang menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh.

Menurut jurucakap pakatan, Turki al-Malki, yang dipetik Saudi Press Agency, laporan mengenai sasaran pusat tahanan di kawasan pusat pemberontak di utara Saada pada Jumaat adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Pakatan angkatan bersama mengikuti apa yang dilaporkan beberapa media selepas pengumuman pemberontak Houthi yang disokong pengganas Iran, bahawa kami menyasarkan pusat tahanan di Saada dan mendakwa mengenai beberapa mangsa tahanan di pusat itu.

"Dakwaan oleh pemberontak ini adalah tidak benar dan tidak berasas.

"Kami memandang serius laporan ini, kerana kajian selepas tindakan (AAR) yang menyeluruh sudah dijalankan mengikut mekanisme dalaman gabungan dan dakwaan ini terbukti tidak berasas," katanya.

Beliau menjelaskan, apa yang diisytiharkan oleh pemberontak Houthi menggariskan pendekatan berterusan mereka untuk mengelirukan dan memberi maklumat yang salah.

"Sasaran serangan yang dipersoalkan belum diletakkan dalam 'No Strike List (NSL)' mengikut mekanisme yang dipersetujui dengan pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) Yaman. - AFP, Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg