Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Kes bunuh wartawan tanpa hukuman tinggi

Nov 03, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Jumlah wartawan yang terbunuh dengan si pembunuh tidak dihukum mencatat jumlah sangat melampau, menurut satu laporan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.



"Mereka yang lepas bebas selepas membunuh wartawan adalah sangat tinggi pada kadar 86 peratus," kata Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), yang tumpuannya turut merangkumi isu media.



Unesco mendesak agar "semua langkah-langkah perlu dilaksanakan bagi memastikan jenayah yang dilakukan ke atas wartawan disiasat dengan betul dan pembunuhnya dikenal pasti dan dihukum".



Pertubuhan itu juga menarik perhatian bahawa kadar pelepasan bagi pembunuh wartawan berada di "paras tinggi yang sangat mengejutkan" dalam laporannya yang dikeluarkan seiring Hari Antarabangsa bagi Mengakhiri Pelepasan untuk Jenayah ke atas Wartawan (International Day to End Impunity for Crimes Against Journalists) - satu daya usaha yang didukung PBB.



Pengarah Agung Unesco, Cik Audrey Azoulay, dalam satu kenyataan berkata bahawa "kebebasan bersuara tidak boleh dilindungi apabila terdapat sejumlah besar kes yang tidak dihuraikan".



Menurutnya, tindakan lepas bebas punya "kesan sangat menggerunkan terhadap tugas wartawan penyiasat".



Sedang Unesco mengalu-alukan penurunan 9 peratusan mata bagi kadar 'lepas bebas' sepanjang sedekad lalu, ia menyatakan bahawa itu tidak mencukupi untuk menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "keganasan yang terus meningkat".



Pada 2020 dan 2021, tempoh yang dipantau untuk laporan itu, seramai 117 wartawan dibunuh kerana melakukan tugas mereka, 91 dibunuh di luar masa bertugas.



"Beberapa daripada mereka dibunuh di depan ahli keluarga, termasuk anak-anak mereka," katanya.



Unesco berkata ia sedang bekerja bersama-sama negara anggota untuk membangun dan melaksanakan undang-undang dan dasar media kebangsaan.



Ia juga akan melatih hakim, pendakwa raya dan pasukan keselamatan "bagi menguatkuasa hak wartawan dan memastikan serangan ke atas mereka ini disiasat dan dibawa ke muka pengadilan". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >