Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:13
Isyak
8:22
Dunia

PBB kutuk serangan pengganas di Somalia yang bunuh sekitar 90 orang

Dec 30, 2019 | 05:30 AM

MOGADISHU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres semalam mengutuk dengan keras serangan pengganas di ibu kota Somalia yang telah menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang terkorban.

Encik Guterres menegasakan dalang serangan itu harus diheret ke muka pengadilan.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata PBB komited untuk menyokong rakyat dan pemerintah Somalia dalam usaha mereka mencapai keamanan dan pembangunan.

Dalam kejadian kelmarin, puluhan mangsa lain turut cedera selepas sebuah kenderaan penuh bahan letupan meletup di sebuah pusat pemeriksaan sesak di Mogadishu.

Mangsa yang maut termasuk ramai pelajar dan dua warga Turkey, kata Menteri Luar Somalia.

Di lokasi, pasukan penyelamat dilihat mengusung mayat bersebelahan sebuah kenderaan remuk dan sebuah bas berlumuran darah.

Seorang ahli parlimen negara itu juga mengesahkan beliau dimaklumkan perkara sama dengan 17 daripadanya adalah anggota polis.

Bagaimanapun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu setakat ini.

Difahamkan, kumpulan pengganas berkaitan Al Qaeda, Al Shabaab, sering melakukan serangan untuk melemahkan pemerintah negara itu yang disokong oleh tentera PBB dan Kesatuan Afrika (AU).

Kumpulan itu dipaksa keluar dari ibu negara Somalia itu pada 2011 tetapi masih menguasai kawasan pedalaman serta turut melakukan serangan di negara jiran, Kenya.

Al-Shabab dikatakan bertanggungjawab atas satu letupan trak di Mogadishu pada Oktober 2017 yang telah mengorbankan lebih 500 orang.

"Letupan ini serupa dengan letupan yang berlaku... pada 2017. Kali ini, letupan itu berlaku hanya beberapa tapak daripada tempat saya berdiri dan menyebabkan saya terpelanting. Saya tidak pernah nampak letupan seperti ini seumur hidup saya," kata seorang saksi letupan kelmarin, Encik Abdurrahman Yusuf. - Reuters, AP.


"Letupan ini serupa dengan letupan yang berlaku... pada 2017. Kali ini, letupan itu berlaku hanya beberapa tapak daripada tempat saya berdiri dan menyebabkan saya terpelanting. Saya tidak pernah nampak letupan seperti ini seumur hidup saya."
- Encik Abdurrahman Yusuf. seorang saksi.

Artikel Terkini