Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB kutuk tindakan ganas tentera Myanmar

Duta Besar China ke PBB turut gesa ketegangan konflik politik di Myanmar diredakan
Mar 12, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan ganas dilakukan tentera Myanmar terhadap demonstrasi aman antirampasan kuasa, ketika pihak berkuasa Amerika Syarikat mengenakan tindakan ke atas anggota keluarga pemimpin Junta.



Malah, Duta Besar China ke PBB turut menggesa ketegangan konflik politik di Myanmar diredakan.



"Sekarang masanya untuk de-eskalasi. Sudah tiba masanya untuk diplomasi. Sudah sampai waktunya untuk berdialog," kata Encik Zhang Jun, selepas Majlis Keselamatan PBB sebulat suara mengutuk perlakuan tentera Myanmar sejak Kaunselor Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, digulingkan bulan lalu.



Myanmar berada dalam kekacauan sejak tentera bertindak mengguling dan menahan Cik Suu Kyi bulan lalu, sekali gus mencetuskan tunjuk perasaan setiap hari di serata negara itu yang menuntut kembali hak demokrasi.



Berikutan itu, pasukan keselamatan bertindak balas dengan kekerasan dan dilihat semakin kejam dengan menggunakan tembakan gas pemedih mata, bom tangan dan peluru getah.



Beberapa diplomat memberitahu agensi berita AFP mengenai kenyataan dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB yang 'mengutuk sekeras-kerasnya' tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan yang dilakukan secara aman.



Encik Zhang berkata, China mengambil bahagian dalam rundingan (kenyataan) secara membina.



"Adalah penting anggota majlis bercakap dalam satu suara. Kami berharap mesej (Majlis Keselamatan PBB) dapat membantu meredakan situasi di Myanmar.



"Masyarakat antarabangsa harus membincang persekitaran bagi pihak yang relevan di Myanmar untuk mengatasi perbezaan di bawah kerangka Perlembagaan dan undang-undang.



"Dasar persahabatan China terhadap Myanmar adalah untuk keseluruhan rakyat Myanmar. China bersedia untuk libat urus dan berkomunikasi dengan pihak berkenaan serta berperanan konstruktif dalam meredakan situasi yang kini melanda Myanmar," katanya.



Persetujuan itu adalah tindakan kedua kesatuan berkenaan dalam krisis di Myanmar membabitkan 15 anggotanya termasuk China, dalam tempoh sebulan.



Amerika turut melaksanakan tekanan terbaru apabila menghukum Encik Aung Pyae Sone dan Cik Khin Thiri Thet Mon iaitu dua anak pemimpin Junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing.



Menurut kenyataan Perbendaharaan Amerika, kedua-dua individu itu memiliki pelbagai pegangan perniagaan yang secara langsung memperolehi keuntungan daripada "kedudukan bapa mereka dan pengaruh jahat".



Ekoran konflik rampasan kuasa yang berlaku di Myanmar, hampir 2,000 orang ditangkap dan jumlah kematian turut meningkat kepada lebih 60 orang.



Selain itu, ribuan penjawat awam negara itu juga menyertai gerakan ketidakpatuhan sivil yang bertujuan memberi tekanan kepada kepimpinan junta dan melumpuhkan ekonomi.



Gerakan itu mengakibatkan gangguan operasi hospital, penutupan bank dan pejabat juga kosong.



Ratusan tentera dan polis dikerahkan pada awal pagi semalam ke stesen kereta api Ma Hlwa Gone dan pekarangan perumahan kakitangannya, di mana kira-kira 800 pekerja menyertai gerakan mogok.



"Sekitar 300 anggota keselamatan menghalang jalan untuk mencari orang yang terlibat dalam gerakan ketidakpatuhan sivil," kata seorang wanita berusia 32 tahun yang tinggal di kawasan perumahan itu kepada AFP.



"Saya melarikan diri, tetapi ada ramai yang masih di sana. Saya bimbang dengan pekerja yang tinggal. Saya hanya berharap mereka tidak ditangkap," katanya.



Di pusat bandar San Chaung di Yangon kelmarin, kelihatan kehadiran polis yang ramai berikutan berlakunya kekacauan dua malam berturut-turut ketika pasukan keselamatan menyekat jalan raya bagi menghalang sekitar 200 penunjuk perasan anti-kudeta.



Berlaku juga kekacauan di kawasan Okkalapa Utara apabila kira-kira 100 penunjuk perasaan ditahan. Penyelamatan tempatan turut mendakwa beberapa penunjuk perasaan dipukul. - AFP.




"Adalah penting anggota majlis bercakap dalam satu suara. Kami berharap mesej (Majlis Keselamatan PBB) dapat membantu meredakan situasi di Myanmar.

"Masyarakat antarabangsa harus membincang persekitaran bagi pihak yang relevan di Myanmar untuk mengatasi perbezaan di bawah kerangka Perlembagaan dan undang-undang.

"Dasar persahabatan China terhadap Myanmar adalah untuk keseluruhan rakyat Myanmar. China bersedia untuk libat urus dan berkomunikasi dengan pihak berkenaan serta berperanan konstruktif dalam meredakan situasi yang kini melanda Myanmar."

- Encik Zhang Jun, Duta Besar China ke PBB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >