Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

PBB lancar dana kumpul AS$397j bantu mangsa gempa Syria

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan bantuan kemanusiaan sebanyak AS$397 juta (S$530 juta) bagi membantu para mangsa gempa di Syria.



Setiausaha agungnya, Encik Antonio Guterres, yang mengumumkan rayuan itu, berkata dana tersebut khusus untuk menyelamatkan sekitar lima juta penduduk Syria dan dapat menampung perbelanjaan mereka bagi tempoh tiga bulan.



Beliau menambah, badan dunia itu sedang berada di peringkat akhir perbincangan bagi melancarkan rayuan sama untuk penduduk yang terjejas di Turkey.



"Seminggu selepas gempa bumi yang dahsyat, berjuta-juta orang di seluruh rantau ini bergelut untuk terus hidup, kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berdepan suhu sejuk melampau.



"Kami melakukan apa yang termampu untuk mengubahnya. Bagaimanapun, masih banyak yang diperlukan," katanya.



Beliau turut menyeru negara anggota PBB supaya 'membiayai sepenuhnya usaha ini tanpa berlengah-lengah dan membantu berjuta-juta kanak-kanak, wanita dan lelaki yang kehidupan mereka telah terancam oleh bencana berkenaan'.



Encik Guterres turut menggesa supaya sukarelawan dibenarkan beroperasi secara bebas di Syria, yang dilanda perang saudara selama 12 tahun.



Sebuah konvoi PBB melalui sempadan Bab al-Salama yang baru dibuka selepas Damsyik bersetuju untuk membuka dua lagi lintasan sempadan bagi menghantar bantuan antarabangsa ke kawasan-kawasan yang dikuasai pihak pemberontak.



Sebelum itu, hanya lintasan sempadan menerusi Bab al-Hawa diluluskan.



Dengan pasukan kecemasan kini mengalih tumpuan kepada usaha pemulihan, krisis kemanusiaan di Syria menjadi tumpuan.



PBB berkata lebih sembilan juta penduduk Syria terjejas oleh gempa bumi itu.



Ramai daripadanya, yang kehilangan tempat tinggal ekoran perang saudara selama 12 tahun, sekali lagi tidak mempunyai tempat tinggal.



Sementara itu, Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan terus mempertahankan pentadbirannya sedang kemarahan semakin memuncak berhubung cara ia menangani bencana itu.



Terdapat juga para mangsa yang berjaya diselamatkan dari runtuhan di Turkey meskipun terperangkap selama lebih 200 jam.



Namun, pasukan penyelamat bakal menamatkan pencarian mereka.



Usaha-usaha kini tertumpu kepada menyediakan tempat tinggal, makanan dan rawatan perubatan kepada para mangsa di Turkey.



Encik Erdogan, berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac.



"Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik saja penilaian kerosakan selesai.



"Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman.



"Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >