Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Lebih 100 juta penduduk dunia hidup sebagai pelarian

May 24, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Lebih 100 juta orang terpaksa meninggalkan kediaman mereka di seluruh dunia, menurut agensi Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR), semalam.



Angka itu diberikan berdasarkan data baharu yang diperolehi tentang mereka yang terpaksa melarikan diri gara-gara keganasan, konflik dan penganiayaan serta pelanggaran hak asasi manusia.



Peperangan di Ukraine adalah satu daripada faktor yang memicu kepada jutaan orang terpaksa melarikan diri, ujar UNHCR.



Sejak peperangan Russia-Ukraine, lebih lapan juta orang telah kehilangan tempat tinggal di dalam negara itu, manakala lebih enam juta pelarian telah melarikan diri merentasi sempadan.



Agensi itu juga menambah bahawa konflik yang berlarutan di negara-negara seperti Habsyah dan Republik Demokratik Congo juga merupakan satu lagi faktor yang meningkatkan bilangan orang-orang pelarian.



"Ini satu bilangan yang amat tinggi yang tidak seharusnya berlaku," kata Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian, Encik Filippo Grandi dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada para wartawan.



Hal ini harus mencetuskan kesedaran agar dicari huraian dan usaha mengelakkan berlakunya konflik yang memusnahkan, berhenti melakukan kekejaman dan menangani punca sebenar yang mengakibatkan orang-orang awam yang tidak bersalah terpaksa meninggalkan kediaman mereka.



Maklumat UNHCR itu juga meliputi orang-orang pelarian, yang meminta suaka dan terpaksa dipindahkan ke lain kawasan dalam negeri mereka sendiri.



Minggu lalu, sebuah badan kemanusiaan berkata mereka yang dipindahkan ke kawasan lain dalam negeri mereka sendiri mencapai suatu jumlah yang tinggi iaitu hampir 60 juta orang sehingga hujung tahun lalu.



Encik Grandi menggesa diambil tindakan segera bagi menangani punca yang memicu kepada pemindahan secara terpaksa itu.



Katanya lagi, bantuan kemanusiaan dapat menangani kesan daripada kejadian tersebut.



"Demi memperbaiki trend ini, satu-satunya huraian adalah mewujudkan kedamaian dan kestabilan supaya orang-orang awam yang tidak bersalah itu tidak terpaksa menggadai hidup mereka gara-gara kekacauan dan pergaduhan hingga terpaksa hidup dalam buangan," ujarnya.



Laporan bersama minggu lalu oleh Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman (IDMC) dan Majlis Pelarian Norway (NRC) berkata, kira-kira 38 juta perpindahan dalaman baharu dilaporkan pada 2021.



Tahun lalu, perpindahan dalaman baharu khususnya daripada konflik melonjak kepada 14.4 juta, lonjakan 50 peratus daripada 2020.



Bencana alam terus menyumbang kepada kebanyakan anjakan dalaman baharu, mendorong 23.7 juta pergerakan sedemikian pada 2021.- Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >