Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB minta Mahkamah Keadilan Antarabangsa beri pendapat isu Israel-Palestin

Jan 01, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggotai 193 ahli kelmarin meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan pendapat mengenai kesan undang-undang susulan pendudukan Israel di wilayah Palestin.



Israel menawan Tebing Barat, Gaza dan Baitulmakdis Timur, kawasan yang diperjuangkan rakyat Palestin pada perang 1967.



Ia berundur dari Gaza pada 2005, tetapi terus mengawal sempadan daerah itu bersama dengan negara jirannya, Mesir.



Permintaan untuk mendapatkan pandangan mahkamah mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin dibuat dalam resolusi yang diterima Perhimpunan Agung PBB dengan sebanyak 87 undian yang menyokongnya.



Israel, Amerika Syarikat dan 24 ahli yang lain mengundi bagi menolak cadangan berkenaan, sementara 53 negara lain pula kekal berkecuali.



"Tiada badan antarabangsa boleh memutuskan bahawa Israel adalah 'penjajah' di tanah air mereka sendiri.



"Sebarang keputusan daripada badan kehakiman yang menerima mandatnya daripada PBB yang dipolitikkan secara moral adalah tidak sah sama sekali," kata Duta Israel PBB, Encik Gilad Erdan kenyataan menjelang pengundian berkenaan.



Bulan lalu, bekas Perdana Menteri Israel, Encik Yair Lapid, menggesa pemimpin dunia menentang langkah itu, malah beliau mendakwa jika perkara itu dibawa ke mahkamah, 'ia akan diuruskan oleh kelompok pelampau'.



Pejuang Hamas mengambil alih Gaza pada 2007 selepas perang saudara yang singkat dengan parti lawan, Fatah.



Untuk rekod, sebanyak tiga peperangan telah berlaku di Gaza membabitkan pertembungan di antara Hamas dengan Israel.



Perhimpunan Agung PBB meminta ICJ memberikan pendapat dari segi kesan undang-undang mengenai 'pendudukan, penempatan dan pengilhakan pengilhakan atau 'annexation' Israel, termasuk langkah yang bertujuan mengubah komposisi demografi, status Kota Suci Baitulmakdis, perundangan dan langkah diskriminasi yang berkaitan'.



Resolusi PBB turut meminta ICJ untuk menasihati bagaimana dasar dan amalan berkenaan 'mempengaruhi status undang-undang pendudukan' dan apakah akibat undang-undang yang berbangkit kepada semua negara dan PBB.



ICJ yang berpangkalan di Hague dan turut dikenali sebagai Mahkamah Dunia, ialah mahkamah tertinggi PBB yang menangani pertikaian antara negara.



ICJ kali terakhir meneliti konflik antara Israel dengan Palestin pada 2004, apabila ia memutuskan bahawa halangan pemisah Israel adalah tidak sah.



Israel bagaimanapun menolak keputusan itu dan menuduh mahkamah mempunyai agenda politik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >