SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

PBB: Nyawa lebih 2.7j warga kurang upaya Ukraine terancam

PBB: Nyawa lebih 2.7j warga kurang upaya Ukraine terancam

Apr 16, 2022 | 5:30 AM

PBB: Nyawa lebih 2.7j warga kurang upaya Ukraine terancam

e8e19a0f-37f9-44c4-a0e3-923368688d13
-

GENEVA: Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata nyawa lebih 2.7 juta warga Ukraine yang kurang upaya kini dalam bahaya, sedang ramai yang kini terperangkap atau terabai di rumah mereka, pusat penjagaan dan rumah anak yatim tanpa bekalan keperluan asas atau perubatan.

"Jawatankuasa berasa amat terganggu melihat nasib individu-individu kurang upaya ini di Ukraine yang tidak menentu," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada wartawan.

"Individu kurang upaya mempunyai akses yang terhad kepada maklumat kecemasan dan tempat perlindungan, dan ramai yang telah terpisah dari rangkaian sokongan mereka, yang menyebabkan mereka tidak dapat bertindak terhadap keadaan tersebut dan mengharungi persekitaran mereka," sambungnya.

Jawatankuasa Hak Individu Kurang Upaya terdiri daripada pakar bebas yang memantau pelaksanaan konvensyen 2006.

Russia merupakan antara pemerintah yang telah menandatangani dan mengesahkan perkara itu, menurut laman web PBB.

Russia telah berulang kali menafikan tuduhan bahawa sasarannya adalah orang awam di Ukraine.

Jawatankuasa tidak menyatakan bagaimana ia telah mendapatkan laporan tersebut mengenai mereka yang terperangkap.

Bagaimanapun, ia menyatakan bahawa hanya terdapat beberapa individu kurang upaya antara mereka yang dipindahkan secara dalaman atau telah tiba di sempadan Ukraine sebagai pelarian.

Ini "menunjukkan bahawa ramai daripada mereka tidak dapat melarikan diri ke tempat yang selamat." - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg