NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyekat empat kapal Korea Utara ke pelabuhan antarabangsa, kerana disyaki membawa atau mengangkut barang yang dilarang oleh sekatan antarabangsa yang menyasarkan Pyongyang, kata diplomat kepada AFP.
Larangan itu membabitkan kapal Ul Ji Bong 6, Rung Ra 2, Sam Jong 2 dan Rye Song Gang 1, menjadikan jumlah kapal yang disekat PBB setakat ini kepada lapan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg