Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB sokong kebebasan akhbar

May 05, 2023 | 05:30 AM



NEW YORK: Kebebasan akhbar semakin terancam di seluruh dunia dengan wartawan seringkali diganggu, ditangkap dan malah dibunuh.



Menjelang sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada Rabu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Encik Antonio Guterres menyuarakan sokongannya kepada wartawan dan media di seluruh dunia.



"Kebebasan kita semua bergantung kepada kebebasan akhbar," katanya dalam satu mesej video.



Beliau menyifatkan kebebasan akhbar sebagai "tunjang demokrasi dan keadilan" serta "urat nadi hak asasi manusia".



"Tetapi kebebasan akhbar sedang menghadap ancaman di seluruh dunia," kata Encik Guterres, dalam ucapan beliau di persidangan yang berlangsung di ibu pejabat PBB di New York.



Untuk menekankan isu ini, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) telah memberi Anugerah Kebebasan Akhbar Dunia 2023 kepada tiga wanita Iran, termasuk dua wartawan dan seorang aktivis hak asasi manusia, yang telah ditahan.



Penerima anugerah tersebut ialah wartawan Iran, Cik Elaheh Mohammadi dan Cik Niloufar Hamedi, yang membantu mendedahkan kematian Cik Mahsa Amini dalam tahanan pada September, serta aktivis hak asasi manusia, Cik Narges Mohammadi.



Walaupun Encik Guterres tidak menuding jari kepada negara tertentu, pembicara lain telah membawa kes individu seperti wartawan Wall Street Journal, Encik Evan Gershkovich, yang ditahan di Russia atas tuduhan pengintipan yang beliau nafi.



"Perjuangan demi kebebasan akhbar, perjuangan untuk membebaskan Evan, adalah perjuangan untuk kebebasan semua orang," kata penerbit Wall Street Journal, Encik Almar Latour di forum tersebut.



Berbagai organisasi berita telah mengecam tuduhan terhadap Encik Gershkovich sebagai tidak berasas, sementara Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menganggap penahanannya sebagai "sangat tidak sah".



Ramai lagi wartawan yang terpaksa menghadapi risiko profesional yang semakin meningkat.



"Saya berasal dari Iran, di mana menjadi wartawan dianggap sebagai jenayah... (dan) boleh membuat anda dipenjara, dibunuh, atau diseksa," kata Cik Masih Alinejad, wartawan Iran-Amerika yang kini hidup dalam buangan.



Laporan 'Reporters Without Borders' melaporkan bahawa 55 wartawan dan empat pekerja media telah terbunuh semasa menjalankan tugas pada 2022.



"Kebenaran kini terancam oleh maklumat palsu dan ucapan penuh kebencian yang berusaha mengaburkan perbezaan antara fakta dan rekaan, antara sains dan konspirasi," kata Encik Guterres.



Menurut beliau, wartawan "seringkali diganggu, diancam, ditahan dan dipenjara".



Ketua Unesco, Cik Audrey Azoulay, turut menzahirkan kebimbangan yang sama.



Cik Azoulay berkata era digital telah mengubah landskap maklumat secara keseluruhan dan menjadikan wartawan yang "profesional, bebas, dan tidak berat sebelah" lebih penting dari sebelum ini.



Beliau menegaskan bahawa gangguan dan ancaman terhadap wartawan adalah tidak boleh diterima.



Penerbit New York Times, Encik AG Sulzberger, menyatakan ia bukan sahaja penindasan langsung yang menjadi ancaman kepada wartawan dan kebebasan maklumat.



"Internet juga telah menjadi platform untuk penyebaran maklumat palsu, propaganda, penipuan dan berita yang hanya bertujuan mendapatkan klik, yang kini mendominasi ekosistem maklumat kita... ini mempercepat penurunan kepercayaan masyarakat.



"Apabila kebebasan akhbar mula terhakis, demokrasi hampir pasti akan mengikuti perkembangan yang sama," ujarnya,



Setiausaha Agung Amnesty International, Cik Agnes Callamard, menambah penapisan berita juga semakin menjadi amalan biasa.



"Malangnya, penapisan telah menjadi norma bagi banyak kerajaan dalam usaha mereka untuk mengawal pengetahuan rakyat mereka," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >