Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB usaha selamatkan perjanjian bijirin Laut Hitam

Russia ancam tamatkan perjanjian pada 18 Mei untuk sekat eksport
May 17, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pada Isnin, usaha melanjutkan satu persetujuan untuk mengizinkan eksport bijirin di Laut Hitam dari Ukraine dengan selamat akan diteruskan dalam beberapa hari.



Russia telah mengancam menamatkan perjanjian itu pada 18 Mei bagi menyekat eksport bijirin dan baja.



Dua kapal terakhir dijadual berangkat dari pelabuhan Ukraine pada Selasa di bawah perjanjian Laut Hitam, kata seorang jurucakap PBB.



"Usaha meneruskan Inisiatif Laut Hitam ini adalah sangat penting," kata Encik Martin Griffiths, penolong setiausaha agung ehwal kemanusiaan PBB, dalam satu sidang Majlis Keselamatan PBB di Ukraine.



"Kami akan terus menyeru kepada semua pihak untuk memenuhi tanggungjawab mereka sedang dunia memantau kami dengan teliti," tambahnya.



PBB dan Turkey telah memeterai perjanjian Laut Hitam itu pada Julai 2022 untuk mengekang krisis makanan sedunia yang ditambah teruk oleh pencerobohan Moscow ke Ukraine.



Ukraine adalah salah satu pengeksport bijirin terbesar di dunia.



Pada masa yang sama, PBB juga bersetuju membantu Moscow memudahkan penghantaran hasil pertaniannya.



Encik Griffiths, yang juga Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB, telah mengadakan lawatan ke Istanbul minggu lalu bersama pegawai kanan dari Russia, Ukraine dan Turkey namun tiada persetujuan yang dimaklumkan oleh pihak Russia untuk melanjutkan perjanjian Laut Hitam itu.



"Usaha untuk berbuat demikian akan berterusan dalam beberapa hari mendatang," kata Encik Griffiths pada Isnin.



Seorang pegawai ehwal luar Ukraine menyatakan bahawa tiada perbincangan lanjut dijadual berlangsung pada minggu ini.



Russia telah mengeluarkan beberapa permintaan berkenaan eksport hasil pertaniannya yang ia ingin capai sebelum bersetuju melanjutkan perjanjian itu.



"Ia sesuatu yang jijik melihat Russia bertindak seolah-olah ia merupakan pihak yang kalah dalam perjanjian itu," kata Duta PBB Ukraine, Encik Sergiy Kyslytsya, dalam mesyuarat Majlis Keselamatan.



Antara permintaan yang diutarakan oleh Russia adalah untuk menyambung semula aliran paip bagi penghantaran gas ammonia ke sebuah pelabuhan Laut Hitam, sesuatu yang giat diusahakan PBB.



"Inisiatif (Laut Hitam) itu merujuk kepada eksport ammonia, tetapi ia belum dicapai lagi," kata Encik Griffiths.



Duta PBB Russia, Encik Vassily Nebenzia, di sebuah Pusat Penyelaras Bersama (JCC) di Istanbul - yang menyelaras usaha menerapkan perjanjian itu - mendakwa pegawai Ukraine enggan berbincang tentang usaha menyambung semula aliran paip gas itu.



Kementerian Pemulihan Ukraine tidak memberi respons serta merta apabila diminta komen mengenainya.



Sementara eksport makanan dan baja dari Russia tidak terjejas oleh sekatan Barat yang diterapkan selepas pencerobohan Ukraine pada Februari 2022, Moscow berkata sekatan terhadap pembayaran, logistik dan insurans telah mewujudkan hambatan terhadap penghantarannya. - Agensi berita.




"Usaha meneruskan Inisiatif Laut Hitam ini adalah sangat penting.

... Kami akan terus menyeru kepada semua pihak untuk memenuhi tanggungjawab mereka sedang dunia memantau kami dengan teliti.

... Usaha untuk berbuat demikian akan berterusan dalam beberapa hari mendatang."

- Encik Martin Griffiths, penolong setiausaha agung ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >