Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PDI-P tampak kekal sebagai parti terbesar di Parlimen Indonesia

Feb 15, 2024 | 02:20 PM



JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah Indonesia, akan mengekalkan kedudukannya sebagai parti terbesar di Parlimen, selepas memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya perundangan pada 14 Februari, menurut keputusan kiraan pantas tidak rasmi.


Menurut laporan, The Straits Times, PDI-P diketuai mantan gabenor, Encik Ganjar Pranowo, dalam Pilihan Raya Presiden serentak 14 Februari, yang sejauh ini keputusan tidak rasmi menunjukkan kemenangan memihak kepada Encik Prabowo Subianto.


Parti Encik Prabowo sendiri, Gerindra, menduduki tempat ketiga dalam pilihan raya perundangan, tetapi dijangka menjadi parti peneraju bagi satu gabungan pemerintah, dinamakan Gabungan Indonesia Maju.

Undi terhadap Gerindra tidak mencerminkan perolehan undi luar biasa Encik Prabowo dalam Pilihan Raya Presiden.

Di bawah sistem parlimen Indonesia, parti politik yang menyokong calon presiden yang menang akan secara automatik menjadi ahli gabungan pemerintah di Parlimen, yang mempunyai 580 anggota.

Golkar – yang diunjurkan memenangi bilangan kerusi kedua terbesar di Parlimen – juga merupakan ahli gabungan Encik Prabowo.

Ahli lain ialah Parti Demokrat, Parti Amanat Nasional (PAN) dan beberapa parti kecil lain.

Masih tidak jelas sama ada PDI-P, yang merupakan parti utama di Parlimen di bawah Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo (Jokowi), akan menjadi pembangkang.

PDI-P diketuai Cik Megawati Sukarnoputri, anak perempuan presiden pengasas Indonesia, Encik Sukarno.

Di bawah pentadbiran Encik Jokowi, 471 Ahli Parlimen (AP) – atau 82 peratus daripada 575 AP – adalah daripada parti politik dalam gabungan yang menyokong beliau. AP selebihnya mewakili kem pembangkang.

PDI-P tidak mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan kiraan cepat pilihan raya perundangan.

Seramai 9,917 calon daripada 18 parti, bertanding bagi merebut 580 kerusi Parlimen. Ini adalah tambahan lima kerusi daripada 575 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2019.

Tambahan lima kerusi itu adalah untuk menampung empat wilayah baru di wilayah paling timur Papua.

Indonesia kini mempunyai 38 wilayah.

Menurut keputusan pengiraan pantas oleh tiga badan bebas untuk pengundian 14 Februari, PDI-P memperoleh 16 peratus hingga 18 peratus undi keseluruhan, berdasarkan kira-kira 45 peratus hingga 54 peratus daripada data sampel undi.

Bagaimana ini akan diterjemahkan kepada bilangan kerusi di Parlimen, bergantung pada kawasan pilihan raya yang dimenangi PDI-P.

Di bawah undang-undang pilihan raya Indonesia, pulau yang kurang penduduk seperti Sumatera dan Kalimantan mempunyai wajaran (bahagian) pilihan raya yang lebih tinggi.

Ini bermakna bilangan undi perundangan yang lebih kecil diperlukan dari kawasan itu untuk mendapatkan satu kerusi Parlimen, berbanding pulau yang paling ramai penduduknya seperti di pulau Jawa.

PDI-P kini mempunyai 128 kerusi di Parlimen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >