Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pegawai awam, kakak ipar ditahan di Terengganu atas salah guna kuasa

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai perkhidmatan awam dan kakak iparnya ditahan polis selama lima hari mulai Selasa untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan perolehan bekalan bagi sebuah jabatan persekutuan sejak 2019.



Perintah reman terhadap ketua pembantu tadbir berusia 44 tahun dan pemilik syarikat berusia 39 tahun itu dikeluarkan Majistret Encik Nik Tarmizie Nik Mohd Sukri.



Kedua-dua wanita itu ditahan pada 1.45 petang dan 2.10 petang Isnin di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Terengganu.



Menurut sumber SPRM, dua wanita itu dipercayai menyalahgunakan kuasa sejak 2019 untuk mendapatkan lebih 10 perolehan bekalan berjumlah kira-kira RM30,000 ($9,000) untuk jabatan itu.



Pegawai awam itu, yang bekerja sebagai ketua pembantu tadbir di sebuah agensi kerajaan di Terengganu, disyaki menggunakan jawatannya untuk membantu syarikat kakak iparnya mendapatkan beberapa kontrak bekalan dengan jabatan itu.



Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >