Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai kanan Indonesia tinggalkan pekerjaan untuk sertai ISIS

Nov 12, 2015 | 08:39 AM



SEORANG pegawai awam kanan dan isterinya telah meninggalkan kampung halaman mereka di Batam untuk menyertai kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), menurut polis kebangsaan Indonesia.


Difahamkan lelaki yang dikenali sebagai Dwi Djoko Wiwoho itu ialah pengarah pejabat pelesenan Lembaga Penyelarasan Pelaburan Indonesia di Kepulauan Riau.


Jurucakap polis berkata pada Rabu (11 Nov) Dwi seharusnya kembali bekerja daripada cuti pada 1 September, sebaliknya dia menghantar mesej kepada pegawai atasannya meminta bantuan supaya "memberitahu ibu bapa saya bahawa saya akan berhijrah dan menyertai" ISIS.


Nama isterinya tidak diumumkan tetapi polis berkata pasangan itu telah meninggalkan Batam dan pergi ke Iraq melalui Istanbul, Turkey, untuk bekerjasama dengan ISIS.


Polis sedang menyiasat bagaimana Dwi dipengaruhi hingga menyertai kumpulan pengganas itu, lapor akhbar The Straits Times.


Dwi pegawai awam kedua Indonesia yang menyertai ISIS. Awal tahun ini, seorang pegawai polis dari Jambi melakukan perkara sama.


Kes terbaru itu berlaku selepas dua lelaki dari Pekanbaru dihantar pulang dari Singapura Jumaat lalu selepas mereka mengaku berada di Singapura dalam perjalanan ke Syria, juga untuk menyertai ISIS.


Akhbar The Jakarta Post melaporkan pada Rabu mereka telah dibebaskan selepas disoal oleh pegawai unit antipengganasan Indonesia, Detasemen Khusus 88.


Dianggarkan lebih 700 pejuang dari Indonesia telah menyertai ISIS, manakala beberapa orang telah dihalang daripada berbuat demikian.


Menurut akhbar The Straits Tinmes, pengarah Institut Pembangunan Keamanan Antarabangsa, yang berpangkalan di Jakarta, Encik Taufik Andrie, berkata "dari segi statistik", ia bukan satu trend membimbangkan kerana bilangannya masih rendah.


"Dari segi ideologi, bagaimanapun, ia satu kebimbangan kerana ia telah menembusi... pentadbiran pemerintah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >