Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai polis kulit putih yang tembak mangsa kulit hitam di AS tak didakwa

Jan 07, 2021 | 05:30 AM



KENOSHA (Wisconsin): Pihak pendakwaraya kelmarin tidak akan mengenakan sebarang tuduhan ke atas seorang anggota polis kulit putih yang terlibat dalam kejadian menembak seorang lekaki kulit hitam pada 23 Ogos tahun lalu.



Kejadian tembakan ke atas, Encik Jacob Blake, di Kenosha, Wisconsin, telah mencetuskan bantahan berdarah dan menyebabkan ketegangan antara kaum di Amerika Syarikat.



Peguam Daerah Kenosha, Encik Michael Graveley, mendapati anggota polis tersebut, Encik Rusten Sheskey, bertindak demikian kerana mempertahan diri semasa menembak Encik Blake tujuh kali pada jarak dekat.



Encik Sheskey mendakwa Encik Blake bersenjatakan pisau dan melawan kerana enggan diberkas, selain bertahan walaupun ditembak renjatan elektrik Taser.



Keputusan untuk tidak mendakwa Encik Sheskey atau dua anggota polis lainnya di tempat kejadian boleh menyebabkan lebih banyak bantahan, yang sering tercetus di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas polis membebaskan mereka yang dipercayai salah kerana menembak warga Amerika berkulit hitam.



Kawasan Kenosha Tengah didapati kosong dengan pembeli-belah dan orang ramai selepas pengumuman dibuat, kerana banyak kedai telah meletak penghadang sejak beberapa lalu kerana menjangkakan berlakunya kekacauan.



"Orang tentunya cenas," kata penduduk Kenosha, Encik Jon Zamora, 30 tahun, semasa meletak hadangan di depan kedai di Kenosha, sebuah bandar 100,000 orang terletak antara Milwaukee dengan Chicago.



Pisau tidak mudah dilihat dalam video kejadian tembakan itu yang tular di media sosial.



Rakaman video itu juga tidak menunjukkan sebarang percubaan untuk menahan Encik Blake, yang hadapi waran tangkap ke atasnya, seperti yang diberitahu polis sebelum tiba di tempat kejadian, kata Encik Graveley.



Menurut beliau, Encik Blake enggan mematuhi arahan polis untuk melepaskan pisau dari genggamannya, dan ini memberi Encik Sheskey hak pertahan dirinya.



"Ia tidak boleh dinafikan bahawa Encik Jacob Blake bersenjatakan sebilah pisau semasa kejadian itu," kata Encik Graveley, dan menambah, Encik Blake mengakui beberapa kali kepada para penyiasat beliau memiliki sebilah pisau.



Pihak pendakwa menyifatkan kejadian itu satu tragedi ke atas semua yang terlibat. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >