Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pegawai tentera laut Indo dilapor minta $516,000 bagi lepaskan kapal tangki

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



PEGAWAI tentera laut Indonesia dilaporkan telah meminta AS$375,000 ($516,000) bagi membebaskan sebuah kapal tangki bahan api yang mereka tahan minggu lalu kerana berlabuh secara haram di perairan Indonesia di luar Singapura, kata dua orang yang terbabit dalam rundingan berhubung pembayaran tidak rasmi itu.



Kejadian ini berlaku selepas agensi berita Reuters melaporkan berpuluh penahanan sama tahun lalu.



Dalam kes terbabit, pemilik kapal masing-masing membuat bayaran tidak rasmi kira-kira AS$300,000 ($412,696) dan kapal yang ditahan oleh tentera laut Indonesia di timur Singapura kemudian dibebaskan.



Kapal tangki bernama 'Nord Joy' itu telah dinaiki oleh anggota tentera laut bersenjata pada 30 Mei lalu ketika berlabuh di perairan Indonesia di sebelah timur Selat Singapura, salah satu laluan perkapalan paling sibuk di dunia, kata dua sumber keselamatan itu.



Diminta mengulas sama ada pegawai tentera laut menuntut AS$375,000 bagi membebaskan 'Nord Joy', jurucakap tentera laut Indonesia, Encik Julius Widjojono, berkata:



"Ia adalah dilarang sama sekali."



Beliau bagaimanapun tidak menjawab permintaan untuk butiran lanjut.



Encik Widjojono mengesahkan anggota tentera laut telah menahan 'Nord Joy' kerana disyaki berlabuh di perairan Indonesia tanpa permit, melanggar hak laluan laut Indonesia dan belayar tanpa bendera negara.



"Maklumat awal ialah (kes) masih dalam proses siasatan awal di pangkalan tentera laut Batam," katanya.



Di bawah undang-undang Indonesia, berlabuh tanpa permit membawa hukuman maksimum penjara setahun bagi kapten kapal dan denda 200 juta rupiah ($19,042), kata Encik Widjojono.



Tentera laut Indonesia pada November lalu menyatakan terdapat peningkatan dalam bilangan tahanan kerana berlabuh tanpa kebenaran, menyimpang dari laluan pelayaran atau berhenti di tengah-tengah pelayaran untuk jangka masa yang tidak munasabah.



Kapal sama ada dibebaskan kerana bukti tidak mencukupi atau kes diproses melalui mahkamah Indonesia dan tiada bayaran dibuat kepada tentera laut atau kakitangannya, kata tentera laut.



'Nord Joy' ialah kapal berbendera Panama, sepanjang 183 meter dan boleh membawa sehingga 350,000 tong bahan api.



Agensi berita Reuters tidak dapat menentukan siapa pemilik kapal itu.



Synergy Group, syarikat yang berpangkalan di Singapura yang menguruskan 'Nord Joy', tidak menjawab soalan mengenai dakwaan permintaan kakitangan tentera laut untuk bayaran tidak rasmi.



Synergy dalam satu kenyataan memberitahu Reuters bahawa 'Nord Joy' berlabuh dalam kedudukan yang dianggap bersih dari perairan wilayah Indonesia pada 26 Mei dan pada 30 Mei lalu, tentera laut Indonesia kemudian menaiki kapal itu dan mendakwa ia berada dalam wilayahnya.



Synergy berkata ia bekerjasama dengan tentera laut, peguam dan ejen tempatan untuk menyelesaikan isu itu.



'Nord Joy' telah diiringi oleh kapal tentera laut ke pelabuhan berhampiran Batam, sebuah pulau 32 kilometer di selatan Singapura yang menempatkan pangkalan tentera laut, kata dua sumber itu kepada agensi berita tersebut.



Nakhoda kapal tangki itu dibawa ke pangkalan dan diberitahu oleh pegawai tentera laut untuk mengatur pembayaran AS$375,000 atau berpotensi kehilangan pendapatan berbulan-bulan jika kes itu melalui mahkamah, kata sumber itu. - Reuters.




"Ia adalah dilarang sama sekali...Maklumat awal ialah (kes) masih dalam proses siasatan awal di pangkalan tentera laut Batam."
- Encik Julius Widjojono, jurucakap tentera laut Indonesia, ketika iminta mengulas sama ada pegawai tentera laut menuntut AS$375,000 bagi membebaskan 'Nord Joy'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >