JAKARTA: Pegawai tinggi di Jakarta telah meminta sekolah dan guru untuk memberi kursus tambahan kepada pelajar bagi mencegah mereka daripada menyertai tunjuk perasaan terhadap Undang-undang Penciptaan Pekerjaan yang kontroversial.
Ketua Polis Jakarta, Inspektor Jeneral Nana Sudjana; Panglima Tentera Darat Jakarta, Mejar Jeneral Dudung Abdurachman; dan Gabenor Jakarta, Dr Anies Baswedan, mengadakan satu pertemuan bersama kelmarin untuk membincangkan penyelesaian yang dapat menghentikan penyertaan pelajar dalam tunjuk perasaan akan datang yang dijangka berlaku hari ini hingga Ahad.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg