Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

'Pegawai trafik udara tidak ikut prosedur'

Aug 05, 2018 | 05:30 AM



PUTRAJAYA: Pengawal trafik udara di Kuala Lumpur dan Ho Chi Minh City tidak bertindak mengikut prosedur operasi standard pada 8 Mac 2014, menyebabkan kelewatan penting dalam mengesan kehilangan pesawat MH370.



Menurut laporan siasatan keselamatan MH370 yang dikeluarkan pada 30 Julai, kesilapan itu berlaku apabila pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang menuju Beijing itu memasuki ruang udara Vietnam.



Ia berlaku sekitar waktu pesawat MH370 itu berpatah balik daripada laluannya ke Beijing.



Pusat kawalan lalu lintas Kuala Lumpur memindahkan kawalan ke atas MH370 kepada rakan mereka di Vietnam pada 1.19 pagi - tiga minit lebih awal dari sepatutnya - semasa pesawat itu menghampiri titik laluan Igari.



"Pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh City tidak menyedari bahawa (kawalan) MH370 telah dipindahkan pada 1.19 pagi.



"Selain itu, dengan memindahkan kawalan pada 1.19 pagi, pengawal pusat trafik udara KL tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan," kata ketua penyiasat Datuk Kok Soo Chon semasa taklimat media mengenai laporan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Annex 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia mengenai kehilangan MH370 itu.



Laporan itu menyatakan berdasarkan prosedur, pengendali trafik udara Ho Chi Minh City sepatutnya memberitahu Kuala Lumpur ia tidak dapat menjalin komunikasi dua hala dengan MH370 dalam masa lima minit.



Ia melakukan itu hanya pada 1.39 pagi, yang bermakna MH370 telah hilang dari radar selama 20 minit sebelum pengawal trafik udara diberitahu.



"Pengawal trafik udara tidak memulakan pelbagai fasa kecemasan seperti yang diperlukan, dengan itu melewatkan tindakan mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat," kata Datuk Kok.



Beliau menambah tiada rekod menunjukkan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur mengambil tindakan untuk memberi amaran kepada Pusat Kawalan Trafik Udara Bersama Tentera Udara Diraja.



"Tidak ada bukti juga bahawa pengawal trafik udara di Kuala Lumpur terus memantau paparan radar," katanya.



Namun Datuk Kok menegaskan laporan itu tidak menyalahkan sembarang pihak bagi kehilangan MH370. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >