Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam belum dapat temu Suu Kyi, Presiden Myanmar

Feb 07, 2021 | 05:30 AM



NAYPYIDAW: Peguam bagi pemimpin Myanmar yang sedang ditahan, Cik Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint berkata kededua pemimpin itu sedang ditahan di rumah masing-masing, namun beliau belum dapat bertemu dengan mereka kerana siasatan oleh pihak tentera masih dijalankan.



Kededua pemimpin itu ditahan Isnin lalu menyusuli rampasan kuasa oleh tentera Myanmar.



Polis telah pun mengenakan tuduhan ke atas Cik Suu Kyi kerana mengimport enam alat walkie-talkie atau alat komunikasi kecil, mudah alih secara terlarang manakala Encik Win Myint pula menghadapi tuduhan melanggar peraturan sekatan koronavirus.



"Kami mengharapkan keadilan dari hakim, tapi itu pun sesuatu yang belum pasti. Kami mengharapkan yang terbaik, tapi bersedia untuk keadaan yang buruk. Tentunya, kami mahukan kebebasan tanpa syarat bagi kededua mereka kerana pemimpin ini tidak melanggar undang-undang," kata peguam veteran, Encik Khin Maung Zaw.



Maung Zaw memberitahu media, bahawa beliau telah dilantik oleh Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), parti yang dipimpin Cik Suu Kyi dan telah menang besar dalam pilihan raya 8 November lalu yang didakwa tentera sebagai terdapat penipuan.



Menurutnya, beliau telah cuba membuat permohonan untuk bertemu dengan Cik Suu Kyi dan Presiden Win Myint.



"Mereka ditahan di rumah masing-masing," katanya.



"Tapi saya tidak boleh bertemu dengan mereka kerana diberitahu siasatan masih dijalankan," tambah beliau lagi, sambil menerangkan beliau berhak bertemu anak guamnya itu sekiranya mereka dihadapkan di mahkamah atau dipenjara.



Sementara itu, polis Myanmar berkata pihaknya telah membuat permohonan agar dua pemimpin itu ditahan sehingga 15 Februari.



Encik Maung Za juga merupakan seorang tahanan politik semasa pemerintahan Junta Myanmar sebelum ini.



Beliau merupakan sebahagian daripada pasukan peguam yang dalam kes dua wartawan Reuters yang dibebaskan pada Mei 2019 setelah menghabiskan 500 hari di penjara kerana didakwa bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).



Sebelum penangkapan mereka, dua wartawan itu sedang membuat laporan mengenai pembunuhan 10 lelaki Muslim Rohingya yang dibunuh pihak tentera di Rakhine. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >