KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerbitkan kenyataan menghasut iaitu menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi fahaman ekstremis di Malaysia.
Paulsen yang juga seorang peguam tidak mengaku bersalah di bawah Akta Hasutan 1948 setelah pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud, lapor Utusan Online semalam.