Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Peguam nafi Zakir Naik ditahan di Oman

Mar 25, 2023 | 5:30 AM
DR ZAKIR NAIK
DR ZAKIR NAIK -

PETALING JAYA: Peguam mewakili Dr Zakir Naik menafikan laporan berita mendakwa pendakwah itu akan ditahan di Oman untuk dihantar pulang ke India.

Dr Zakir sebaliknya diberikan sambutan kehormat di ibu negara Oman, Muscat, kata peguam Encik Akberdin Abdul Kader.

"Beliau menghantar pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel," kata Encik Akberdin kepada FMT.

Peguam kepada Dr Zakir Naik menafikan pendakwah itu ditahan di Oman dan akan dihantar pulang ke India.

Portal The Quint yang menghubungi peguam Dr Zakir Naik, Encik Mubin Solkar, yang menafikan laporan beberapa media tempatan India.

Dr Zakir juga memaklumkan, laporan mendakwa penahanannya sekadar "berita rekaan" media kawalan pemerintah Perdana Menteri India Encik Narendra Modi.

Beliau juga memuat naik video di akaun Facebook memberitahu pengikutnya beliau selamat tiba di Oman pada awal pagi Rabu.

Dr Zakir turut menyatakan penghargaan kepada Sultan Oman atas sambutan mesra diterimanya.

Pada Khamis, saluran berita India berbahasa Inggeris News18 melaporkan Dr Zakir akan ditangkap di Oman dan dihantar pulang ke India.

Menurut laporan itu, perisikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir pada Khamis.

Dr Zakir memegang taraf penduduk tetap di Malaysia dan menetap di Putrajaya.

Pendakwah kontroversi itu dikehendaki untuk disoal siasat di India atas dakwaan pengubahan wang dan kegiatan menyalahi undang-undang lain.

Menurut laporan di Times of Oman, beliau dijemput ke Oman untuk siri kuliah oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, (MERA), sebuah jabatan pemerintah.

Kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu berkata:

"Kementerian yang diwakili oleh Jabatan Memperkenalkan Islam dan Pertukaran Budaya di pejabat Iftaa sedang menganjurkan kuliah oleh pendakwah Dr Zakir Naik." - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg