Topik diikuti
Pergi ke BHkuPeguam Negara AS dipecat
Premium
Peguam Negara AS dipecat
Peguam Negara AS dipecat
ENCIK JEFF SESSIONS: Menerima permintaan Presiden Donald Trump supaya meletakkan jawatan. - Foto AFP -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Nov 9, 2018 | 5:30 AM
WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions dipecat kelmarin, selepas menerima kritikan tidak terhingga daripada Presiden Donald Trump kerana menarik diri daripada siasatan terhadap peranan Russia dalam pilihan raya presiden 2016.
Dalam satu langkah yang mungkin mempunyai implikasi ke atas siasatan yang diketuai oleh Peguam Khas Robert Mueller itu, Encik Trump menggantikan Encik Sessions dengan Encik Matthew Whitaker sebagai pemangku peguam negara.
