Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam Negara AS lantik pegawai bagi siasat temuan dokumen rahsia dalam simpanan Biden

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat, Encik Merrick Garland, telah melantik seorang penasihat bagi siasatan terhadap kes penemuan dokumen rahsia yang ditemui dalam simpanan Presiden Joe Biden.



Encik Robert Hur, seorang mantan pegawai kanan di jabatan kehakiman semasa pentadbiran mantan presiden Donald Trump sebelum ini, akan mengetuai siasatan tersebut.



Beberapa fail yang mengandungi dokumen rahsia telah ditemui baru-baru ini, di kediaman peribadi Encik Biden, dan juga di sebuah pejabat yang digunakan selepas tempoh khidmat beliau sebagai naib presiden Amerika Syarikat.



Rumah Putih memberitahu, Encik Biden akan memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan yang dijalankan itu.



Penemuan dokumen sulit itu disifatkan sebagai satu tamparan yang memalukan Encik Biden, lebih-lebih lagi berlaku semasa siasatan yang sama sedang dijalankan ke atas mantan presiden Trump - kedua-duanya tidak harus menyimpan sebarang dokumen rahsia.



Semasa mengambil alih kuasa, semua rekod dari pentadbiran sebelumnya harus diserahkan kepada pihak yang berhak iaitu Arkib Negara.



Adalah menjadi satu kesalahan untuk, sama ada dengan sengaja atau tidak, mengambil atau menyimpan sebarang bahan rahsia negara.



Kegagalan menyimpannya dengan selamat boleh membawa risiko kepada keselamatan negara, sekiranya jatuh ke tangan yang salah.



Seberkas dokumen rahsia itu pertama kali ditemui pada 2 November lalu di Pusat Penn Biden, sebuah pusat pemikir yang dibentuk oleh Encik Biden, di Washington DC.



Dokumen itu kemudian diserahkan kepada Arkib Negara, kata Encik Biden.



Selepas siasatan awal dijalankan, pejabat peguam negara memutuskan supaya dibentuk sebuah lembaga penasihat untuk melanjutkan siasatan ke atas perkara itu.



Pembentukan dan pelantikan penasihat bagi siasatan itu membuktikan komitmen pemerintah bagi "memastikan perkara sensitif seperti ini ditangani dengan penuh bertanggungjawab dan mengikut peraturan dan undang-undang," kata Encik Garland.



Sementara itu, Encik Hur, yang akan mengetuai siasatan tersebut, berkata siasatan akan dilaksanakan "dengan adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak".



Peguam Rumah Putih, Encik Richard Sauber, berkata Encik Biden telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jabatan kehakiman dan akan terus berbuat demikian sepanjang siasatan.



"Kami yakin, siasatan sepenuhnya akan membuktikan bahawa dokumen rahsia berkenaan telah dibawa secara tidak sengaja, dan Presiden (Biden) serta para peguamnya telah bertindak wajar sebaik saja mendapati kesilapan itu," katanya.



Beberapa sumber yang memahami kes itu memberitahu sebuah stesen penyiaran CBS - rakan Perbadanan Penyiaran British (BBC) di Amerika - bahawa siasatan tersebut antara lain turut mewawancara beberapa saksi yang dipercayai mengetahui bagaimana dokumen rahsia itu dikendalikan.



Bercakap kepada wartawan pagi kelmarin, Presiden Biden berkata, para peguamnya telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai tentang penemuan dokumen rahsia itu dan menganggap itu adalah suatu perkara yang serius.



Beliau juga berkata, lain-lain dokumen yang ditemui tersimpan dalam setor yang dikunci, dan "bukan dibiarkan di tepi jalan".



Para peguamnya juga telah memeriksa kediaman Encik Biden di Rehoboth Beach, Delaware, tetapi tidak menemui sebarang fail.



Encik Biden kini sedang disoal tentang sama ada dokumen rahsia yang baru ditemui itu mengandungi maklumat yang boleh menggugat perkara-perkara sensitif berkaitan keselamatan negara.



Mantan presiden, Encik Trump, kini sedang disiasat oleh jabatan kehakiman selepas lebih 325 fail dokumen rahsia, termasuk beberapa yang ditandakan dengan label 'Rahsia', telah ditemui tahun lalu, di kediamannya di Mar-a-Lago, di Florida. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >