Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peguam Negara AS tolak dakwaan wujud penipuan semasa Pilihan Raya Presiden

Dec 03, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Peguam Negara Amerika Syarikat kelmarin menolak dakwaan Parti Republikan bahawa wujudnya penipuan yang sangat ketara semasa Pilihan Raya Presiden, baru-baru ini.



Perkembangan itu sekali gus meningkatkan lagi tekanan ke atas Encik Donald Trump supaya menyerah kalah dalam usahanya untuk menafikan kemenangan calon Parti Demokrat, Encik Joe Biden.



"Setakat ini, kami tidak nampak penipuan pada skala yang boleh menghasilkan keputusan berlainan pada pilihan raya itu," kata Peguam Negara, Encik William Barr, kepada agensi berita Associated Press dalam satu wawancara.



Kenyataan Encik Barr itu mengesahkan rumusan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, pihak perisik dan pemerhati bebas bahawa pilihan raya berkenaan - mengikut istilah pegawai pemerintah - adalah "yang paling selamat dalam sejarah Amerika".



Hingga kini, Encik Trump berkeras mendakwa tanpa bukti bahawa penipuan berlaku dalam sistem serta amalan pengundian di beberapa negeri utama seperti Michigan, Pennsylvania dan Georgia, sehingga menyebabkan beliau gagal mempertahankan jawatan untuk penggal kedua.



Melalui beberapa tindakan undang-undang yang difailkan - kesemuanya telah ditolak oleh mahkamah - pihak kempen Encik Trump berusaha membatalkan berjuta-juta undi diperoleh Encik Biden dengan dakwaan tanpa sebarang bukti.



Barisan peguam peribadi serta kempen Encik Trump yang diketuai Encik Rudy Giuliani, dilaporkan membuat pelbagai dakwaan berhubung perkara itu.



Dakwaan itu termasuk cetakan kertas undi palsu, pengundian membabitkan ribuan orang yang sudah meninggal dunia dan mesin pengiraan undi diprogramkan untuk menyebelahi Encik Biden.



Dalam pada itu, Jabatan Keadilan Amerika kelmarin memaklumkan telah menamakan peguam khas bebas bagi meneruskan siasatan terhadap kemungkinan wujud pakatan sulit antara Russia dengan pihak kempen Donald Trump sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.



Encik Barr, melantik pendakwa raya persekutuan, Encik John Durham, untuk menjalankan siasatan ke atas penyiasat Russia, yang boleh merangkumi bekas Pengarah Biro Siasatan Federal (FBI), James Comey, dan peguam khas sebelum ini, Encik Robert Mueller.



Pelantikan Encik Durham itu akan membolehkan beliau terus bertugas bawah Peguam Negara baharu apabila Encik Trump meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari depan dan Encik Joe Biden mengambil alih pentadbiran sebagai Encik Trump.



Encik Barr membuat pelantikan itu pada 19 Oktober lalu, namun bertindak menangguhkan pengumuman mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan kesan terhadap Pilihan Raya Presiden yang menyaksikan Encik Biden menewaskan Encik Trump.



Encik Biden dijangka menamakan Peguam Negara baharu di bawah pentadbirannya kelak, namun berkemungkinan menghadapi kesukaran politik untuk menamatkan operasi Durham itu. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >