Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pejabat McDonald's di Korea Selatan diserbu selepas kanak-kanak jatuh sakit

Oct 18, 2017 | 5:45 PM
FOTO: Reuters
FOTO: Reuters -

SEOUL: Penyiasat Korea Selatan menyerbu pejabat McDonald Corp di Seoul hari ini berikutan beberapa aduan bahawa terdapat kanak-kanak yang jatuh sakit selepas memakan daging burger yang dikatakan tidak cukup masak, menurut Yonhap News Agency dan beberapa media lain.

Pejabat pendakwa di Seoul merampas beberapa dokumen dan keterangan di pejabat dan tiga lagi syarikat lain, termasuk pembekal bahan, menurut laporan itu.

Seorang jurucakap di pejabat tersebut mengesahkan serbuan itu kepada Reuters, tetapi tidak memberikan alasan atau maklumat lanjut.

Pendakwa tidak dapat dihubungi dengan segera untuk mengulas mengenai isu tersebut.

Pada Julai, seorang pengguna memfailkan aduan terhadap firma Amerika Syarikat itu, menyatakan bahawa anak perempuannya yang berusia empat tahun disahkan menghidap sindrom uremik hemolitik, yang sering digelar penyakit hamburger, selepas mengalami kerosakan pada buah pinggangnya yang tidak boleh dipulihkan selepas beliau memakan McDonald tahun lepas, menurut Yonhap News Agency.

Aduan juga telah difailkan oleh ibu bapa empat kanak-kanak lain yang jatuh sakit selepas memakan hamburger McDonald.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg