Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pejuang kecewa ditolak Perikatan Nasional

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) meluahkan kekecewaan susulan permohonan menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak Majlis Tertinggi gabungan itu.



Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata sesuatu yang mendukacitakan apabila iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut pimpinan PN.



"Pejuang dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi PN bermesyuarat untuk antara lain membincangkan permohonan Pejuang menyertai gabungan PN.



"Pejuang dimaklumkan bahawa permohonan ini ditolak. Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang Melayu tidak disambut pimpinan PN," katanya dalam kenyataan Selasa.



Bagaimanapun, beliau berkata penolakan itu tidak menghentikan langkah Pejuang untuk kekal dalam arena politik dan menghadapi PRN akan datang.



"Pejuang akan sentiasa kekal dalam arena politik negara untuk mempertahan 'rule of law' dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.



"Dengan itu, Pejuang akan terus menggerakkan jentera di kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang," katanya.



Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam kenyataan memaklumkan permohonan Pejuang menyertai PN ditolak.



Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Selasa.



Namun beliau tidak memberi maklumat lanjut berhubung keputusan PN menolak permohonan parti itu.



Pada 2 Mac lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, partinya sudah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin supaya partinya diterima sebagai anggota komponen.



Ujarnya lagi penyertaan Pejuang ke dalam PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang.



Beliau dilaporkan berkata, pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi terutama ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua pihak.



Mesyuarat PN pada Selasa dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin dan turut dihadiri Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >