Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja ladang korban ke-12 banjir di Pahang

Dec 23, 2021 | 10:51 PM
Keadaan banjir di sekitar Kampung Temai di Pekan, Pahang.
Keadaan banjir di sekitar Kampung Temai di Pekan, Pahang. - Berita Harian Malaysia

PEKAN: Seorang pekerja ladang yang terjatuh ketika cuba meredah banjir di ladang kelapa sawit FELDA Chini 2, Pekan, ditemui maut dipercayai akibat lemas, petang pada Khamis (23 Dis). Mangsa adalah korban ke-12 yang meninggal dunia sejak banjir melanda Pahang beberapa hari lalu, lapor Berita Harian Malaysia. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Encik Mohd Zaidi Mat Zin berkata mangsa Che Rustam Che Su, 36 tahun, ditemui tidak jauh dari lokasi beliau dikatakan terjatuh semasa meredah air melimpah setinggi lima meter di laluan rendah di ladang itu pada 3.40 petang. Beliau berkata, mangsa dikatakan ke ladang itu pada 9 pagi bersama bapa dan abangnya dengan menunggang motosikal berasingan bagi mengambil buah kelapa sawit. "Abang mangsa mendakwa melihat mangsa tenggelam dan terkapai-kapai selepas terjatuh kerana difahamkan dia tidak pandai berenang. "Kejadian dipercayai berlaku kerana mangsa tidak menyangka laluan itu dinaiki air agak dalam kesan daripada hujan sejak beberapa hari lalu," katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini. Encik Mohd Zaidi berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg