Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran tuntut pampasan sakit bersihkan runtuhan 9/11 di NY

Sep 10, 2021 | 5:30 AM
TERDEDAH KEPADA BAHAN BERACUN: Pekerja pembersihan migran terlibat membersihkan tapak serangan 9/11 di World Trade Centre di New York City mengadakan satu pertemuan bersama seorang pekerja sosial klinik di Queens, New York baru-baru ini. Ramai daripada mereka menuntut pampasan setelah mengalami penyakit yang dipercayai berpunca daripada pendedahan kepada bahan toksik semasa operasi pembersihan itu. - Foto AFP
TERDEDAH KEPADA BAHAN BERACUN: Pekerja pembersihan migran terlibat membersihkan tapak serangan 9/11 di World Trade Centre di New York City mengadakan satu pertemuan bersama seorang pekerja sosial klinik di Queens, New York baru-baru ini. Ramai daripada mereka menuntut pampasan setelah mengalami penyakit yang dipercayai berpunca daripada pendedahan kepada bahan toksik semasa operasi pembersihan itu. - Foto AFP -

NEW YORK: Pekerja migran terlibat dalam kerja pembersihan di Ground Zero dan bangunan lain berdekatan tapak serangan 9/11 di New York City menuntut pampasan bagi penyakit yang dipercayai berpunca daripada pendedahan kepada bahan toksik semasa operasi pembersihan.

Puluhan ribu orang, termasuk ramai pekerja migran, bertugas membersihkan kawasan itu selama berbulan-bulan selepas serangan tersebut. Mereka membersihkan sekitar 1.8 juta tan runtuhan dan dibayar $7.50 hingga $10 sejam, tinggi sedikit daripada gaji minimum waktu itu.

Itu mendedahkan mereka kepada bahan seperti asbestos dan bahan toksik lain, membawa risiko barah dan asbestosis (penyakit paru-paru akibat pendedahan kepada asbestos), dan pelbagai penyakit pernafasan lain, serta tekanan, keresahan dan kemurungan pascatrauma.

Ramai daripada mereka kini tidak boleh bekerja disebabkan penyakit yang dialami itu dan berharap dapat menjadi penduduk sah Amerika agar mereka boleh menerima faedah dan hidup tanpa bimbang dihantar pulang ke negara asal.

Pada 2017, seorang wakil Demokrat dari New York memperkenal rang undang-undang mengenai isu ini tetapi ia tidak pernah dibahas di Kongres.

Lebih 2,000 pekerja pembersihan, penyelamat dan pegawai polis meninggal dunia daripada penyakit yang dikaitkan dengan 9/11, menurut dana pampasan mangsa federal.

Ramai yang bekerja secara tidak sah, termasuk yang sakit, dipaksa pulang ke negara masing-masing sepanjang beberapa tahun lalu, kata pekerja sosial.

Kebanyakan pekerja pembersihan 9/11 mempunyai perlindungan perubatan penuh menerusi program kesihatan federal Pusat Dagangan Dunia, tetapi ramai belum menerima pampasan bagi penyakit mereka.

Beberapa pekerja yang memfailkan saman terhadap New York City dan syarikat yang menggajikan mereka mendapat pampasan. Pada 2011, Kongres meluluskan bayaran maksimum $250,000 bagi barah yang dikaitkan dengan 911. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg