Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja penyelamat, keluarga terus berharap temui mangsa terselamat di runtuhan bangunan Florida

Jun 26, 2021 | 4:12 PM
feb8fcb5-dbff-4020-8614-0c584b78eaa1
- Foto AFP

SURFSIDE (Florida): Kira-kira 159 orang masih belum dapat dipastikan nasib mereka sehingga lewat Jumaat (25 Jun) setelah runtuhnya sebuah bangunan kediaman di Miami, Amerika Syarikat. Ini menyebabkan banyak keluarga hanya dapat berharap sedang pasukan mencari dan menyelamat terus berusaha mencari mangsa di tengah-tengah puing bangunan yang runtuh itu. Sehingga lewat Jumaat, angka kematian rasmi akibat musibah yang berlaku Khamis lalu berjumlah empat orang, dan pasti meningkat, sedang penyelamat terus melawan kebakaran dan asap selain menghadapi keadaan runtuhan yang tidak menentu sedang mereka bertugas sepanjang hari. Bencana itu berlaku pada awal pagi Khamis, sedang banyak orang sedang tidur, apabila sebahagian besar bangunan tinggi berusia 40 tahun itu runtuh ke tanah. Video yang dirakam oleh kamera keselamatan menunjukkan seluruh bahagian bangunan tiba-tiba terlipat di dua bahagian, satu demi satu runtuh, menghasilkan kepulan debu. Bangunan 12 tingkat itu mempunyai lebih 130 unit, kira-kira 80 daripadanya dihuni, kata seorang pegawai. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg