Pekerja penyelamat terus usaha selamatkan mangsa gempa bumi di Turkey
Premium
Pekerja penyelamat terus usaha selamatkan mangsa gempa bumi di Turkey
Nov 1, 2020 | 5:30 AM
GIGIH MENCARI: Penyelamat dan relawan giat mencari mangsa gempa bumi kuat yang melanda pantai barat Turkey dan sebahagian Yunani di Izmir yang telah meragut sekurang-kurangnya 22 nyawa. - Foto AFP -
IZMIR: PARA pekerja penyelamat bertungkus lumus pagi semalam dalam usaha menyelamatkan mereka yang terperangkap di bawah puing-puing di bandar Izmir, barat Turkey, beberapa jam selepas gempa besar di Laut Aegean menyebabkan beberapa bangunan terbenam dan merosakkan banyak lagi harta benda awam.
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh di Turkey dan ratusan dilaporkan cedera, lapor agensi berita AFP.

