Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PASCAPILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pelabur jual saham dek ketaktentuan politik walau asas ekonomi kukuh

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Dengan permodalan pasaran saham kehilangan RM7.32 bilion ($2.2 bilion) di Bursa Malaysia Isnin lalu, penganalisis percaya pasaran terlebih jual kerana sentimen pelabur kelihatan menyimpang daripada asas ekonomi menyusuli Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menghasilkan Parlimen tergantung buat kali pertama dalam sejarah negara ini.



Prestasi cemerlang Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang tidak disangka dalam PRU15 - memenangi 49 kerusi Parlimen - sekali gus menjadi parti paling dominan dan kemungkinan Perikatan Nasional (PN), yang turut dianggotai PAS, membentuk kerajaan baru Malaysia dilihat mendorong penjualan saham berkaitan syarikat alkohol, rokok dan perjudian sebanyak RM2.75 bilion.



Menurut Bloomberg, saham pengendali kasino dan resort Genting Malaysia Bhd menjunam 11 peratus, paling banyak dalam lebih dua tahun, di tengah-tengah penjualan lebih meluas dalam ekuiti negara.



Syarikat induknya, Genting Bhd, pula susut 10 peratus, manakala pembekal peralatan loteri Sports Toto Bhd jatuh ke paras terendah sejak 1993.



Pembuat bir, termasuk Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd, juga merosot.



Menurut Bloomberg, kejayaan PAS dalam PRU15 boleh menjejas keyakinan pelabur kerana parti itu sebelum ini menggesa pelaksanaan undang-undang syariah tegas di Malaysia.



Ketua eksekutif Areca Capital, Encik Danny Wong, berkata pelabur mengetepikan asas ekonomi Malaysia yang kukuh sedang mereka memberi tumpuan pada Parlimen tergantung.



"Nilai semasa indeks KLCI telah susut hingga 16.2 kali nisbah harga-perolehan, iaitu di bawah purata 18.3 kali bagi tempoh lima tahun.



"Ini menunjukkan pasaran menentukan harga dengan mengambil kira ketidakpastian politik jangka pendek ini," ujar beliau, sambil menambah bahawa pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) berada di haluan baik dan keseluruhan perdagangan Malaysia terus semakin tinggi, dengan pertumbuhan dua angka.



Nisbah harga-perolehan digunakan untuk menentukan sama ada nilai sesebuah syarikat itu terlebih atau terkurang.



Encik Wong menjelaskan bahawa sebaik sahaja situasi politik semasa diselesaikan, sebarang berita positif kecil akan menjadi mangkin bagi pemulihan baik.



Akur bahawa pelabur bertindak secara berlebihan dengan menjual saham disebabkan senario Parlimen tergantung yang dihadapi Malaysia, seorang pengurus dana di sini berkata penyusutan saham berkaitan syarikat alkohol, rokok dan perjudian belum berakhir.



Barisan Nasional (BN) kelmarin berkata ia akan menjadi pembangkang dan tidak akan menyertai Pakatan Harapan (PH) mahupun PN untuk membentuk kerajaan persekutuan.



Sekiranya PN membentuk kerajaan, mantan pegawai bank pelaburan dan pelabur ekuiti privet, Encik Ian Yoong, berkata beliau menjangka penjualan saham syarikat alkohol, rokok dan perjudian berterusan kerana pelabur bimbang pihak berkuasa akan menyekat operasi syarikat sedemikian.



Pelabur seperti Fortress Capital Asset Management berkata untuk pasaran pulih perlu ada gabungan dengan majoriti mencukupi di Parlimen dan dasar ekonomi propertumbuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >