Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

INISIATIF 'MALAYSIA DIGITAL'

Pelaburan asing secara langsung M'sia atasi tahap pra-Covid-19: Pengarah Ekon di Pejabat PM M'sia

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



MALAYSIA telah menghidupkan semula minat pelabur asing di negara itu di bawah pengawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dengan menerima tahap rekod pelaburan asing secara langsung (FDI), ujar Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Encik Shahril Hamdan.



Memberikan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri di atas mandat kuatnya untuk mengakhiri Covid-19 sebagai "suatu perkara yang sudah berlalu" dan mengekalkan aktiviti ekonomi berjalan, Encik Shahril berkata:



"Saya rasa ramai yang meremehkan pencapaiannya di pejabat."



Beliau menekankan dalam tempoh kurang setahun sejak Datuk Seri Ismail Sabri memegang jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos tahun lalu, angka pelaburan asing secara langsung telah melepasi tahap pra-Covid-19 dengan mencapai rekod selama dua suku berturut-turut.



Data kerajaan menunjukkan Malaysia meluluskan RM24.9 bilion ($7.9 bilion) pada suku akhir 2021 dan RM26.8 bilion pada suku pertama tahun ini. Pelabur asing tertinggi termasuk dari Belanda, Singapura dan China.



Laporan pertumbuhan seterusnya juga akan memperlihatkan angka yang agak "menarik", kata Encik Shahril.



Beliau berkata demikian sebagai ahli panel di webinar The Straits Times Connect bertajuk Malaysia: On The Path For A Reset? (Malaysia: Laluan Untuk Diset Semula?)



Rakan panel, ketua biro Malaysia akhbar The Straits Times (ST), Encik Shannon Teoh, pula berkata pengkritik pernah menganggap Malaysia sebagai "orang sakit Asean" apabila angka pelaburan pada 2020 "sangat rendah".



"Namun, pentadbiran ini telah berjaya mengujakan pelabur sekali lagi," katanya sambil menambah bahawa pelaburan yang dinyatakan itu akan mengambil sedikit masa untuk direalisasikan dan mewujudkan peluang pekerjaan.



"Tetapi ia adalah isyarat yang baik, dan saya fikir jika anda berada dalam pentadbiran sekarang, anda mahu mengekalkan momentum ini," ujar Encik Teoh.



Persoalannya ialah berapa banyak masa yang diperlukan untuk kerajaan sekarang memberikan impak, tambah Encik Teoh, merujuk kepada spekulasi yang semakin meningkat bahawa Malaysia mungkin akan mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.



Pilihan raya umum mesti diadakan sebelum September 2023, tetapi Perdana Menteri mungkin memutuskan untuk mengadakannya lebih awal.



Encik Shahril berkata pilihan raya mungkin diadakan dalam tempoh enam bulan, ketika memberikan jawapan kepada soalan Editor Luar Negara ST, Cik Bhagyashree Garekar, yang menjadi moderator sesi perbincangan.



Encik Teoh bagaimanapun berkata ia boleh memberi manfaat kepada Umno, parti pimpinan Datuk seri Ismail Sabri yang mengetuai gabungan Barisan Nasional (BN) Malaysia, jika pilihan raya diadakan lebih awal tahun depan.



Ini boleh memberikan masa kepada pentadbiran untuk mengatasi inflasi serta menyelesaikan perbalahan parti.



Keretakan dalam Umno telah menyaksikan parti itu terbahagi kepada dua kem yang setia kepada Datuk Seri Ismail Sabri dengan mereka yang memihak kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Seorang anggota Umno, yang baru-baru ini dipecat dari majlis tertinggi parti, mendedahkan bahawa terdapat komplot pada 2020 untuk menggulingkan Datuk Seri Zahid.



Menjawab soalan hadirin mengenai prospek bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk kembali sebagai perdana menteri pada pilihan raya akan datang, Encik Shahril mengetepikan soalan itu dan menolaknya sebagai "spekulasi". - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >