Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelajar hamil dirogol bomoh ketika proses buang santau

Oct 30, 2023 | 10:23 AM
MANGSA REMAJA: Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner (AC) Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu berlaku pada November 2022 dan April lalu.
MANGSA REMAJA: Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner (AC) Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu berlaku pada November 2022 dan April lalu. - Foto hiasan

MUAR: Hasrat mendapatkan rawatan bagi membuang santau menyebabkan seorang remaja melalui mimpi ngeri apabila mendakwa dirogol seorang bomoh hingga hamil dalam kejadian di rumahnya, lokasi terpencil di daerah ini, pada akhir lalu dan tahun ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner (AC) Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Beliau berkata semua kejadian berlaku ketika mangsa mendapatkan rawatan dengan suspek berusia 50 tahun.

“Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol ketika proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

“Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September lalu, selain tidak didatangi haid,” katanya.

Katanya lagi, mangsa memberitahu kejadian itu pada ibunya dan membawa pemeriksaan kesihatan sebelum disahkan mengandung.

“Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. – BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg