Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelajar perempuan Afghanistan duduki peperiksaan 2 minggu selepas serangan

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



KABUL: Ribuan pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke universiti kelmarin diletakkan di bawah kawalan ketat penembak tepat Taleban, dua minggu selepas seorang pengebom nekad membunuh ramai pelajar yang sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan itu.



Sejak Taleban kembali berkuasa Ogos lalu, ramai pelajar perempuan telah dilarang daripada mengikuti pendidikan menengah.



Keruntuhan ekonomi juga telah mengakibatkan ramai tidak mampu mengikuti pengajian di universiti, dan ibu bapa telah menarik keluar anak-anak daripada sekolah kerana bimbangkan keselamatan mereka.



Bulan lalu, seorang penyerang merempuh masuk sebuah pusat pendidikan di Kabul dan meletupkan dirinya di dewan pengajian yang mengasingkan pelajar, mengakibatkan 53 maut, termasuk 46 wanita dan perempuan.



"Terlalu banyak kebimbangan," kata seorang gadis berusia 18 tahun, Zahra, yang berharap dapat mengikuti pengajian sains komputer.



"Pemikiran kami diganggu, selalu berasa bila-bila masa sahaja akan berlaku ledakan," katanya kepada agensi berita AFP sebelum memasuki sekolah.



Berpakaian hitam dan bertudung, pelajar dikawal ketat oleh askar Taleban sedang mereka beratur di pintu masuk bilik peperiksaan di luar Universiti Kabul yang berprestij.



Pelajar diperiksa rapi sebelum dibenarkan menduduki pemeriksaan, sementara tentera Taleban mengawal kawasan sekeliling dan menutup jalan raya berdekatan dengan melakukan sekatan jalan.



"Kali ini, seluruh kebimbangan saya adalah disebabkan keadaan keselamatan. Semua orang sangat takut," kata seorang pelajar bernama 'Madina'.



"Tolong doakan agar tidak berlaku letupan."



Murid dan pelajar lelaki telah menduduki peperiksaan mereka lebih awal hari itu.



Pelajar juga memberitahu AFP bahawa ramai rakan sekolah mereka menjauhi universiti, ataupun membatalkan peperiksaan yang perlu diduduki kerana bimbang berlaku serangan.



Peperiksaan kemasukan ke universiti itu, yang mesti diduduki, diadakan buat kali pertama sejak Taleban kembali berkuasa.



Bagaimanapun, disebabkan adanya sekatan ke atas pendidikan menengah ke atas pelajar perempuan, jumlah mereka yang menduduki peperiksaan penilaian itu berkurangan.



"Jika tidak ada perempuan berpelajaran, bagaimana boleh kita membangunkan masyarakat?" tanya seorang pelajar wanita yang enggan memberikan namanya.



Universiti Kabul telah diserang pada November 2020 oleh lelaki bersenjata yang membunuh lebih 20 pelajar.



Tetapi "tiada siapa boleh menahan kami", kata Profesor Yahya Homai.



"Tiada siapa boleh mengambil pena dan buku daripada tangan kami," tambahnya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >