Pelajar terus bantah akta cipta kerja di seluruh Indonesia
Premium
Pelajar terus bantah akta cipta kerja di seluruh Indonesia
Oct 22, 2020 | 5:30 AM
TOLAK PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG CIPTA KERJA: Penunjuk perasaan di Surabaya menentang pelaksanaan undang-undang cipta kerja baru yang kontroversial, yang pengkritik bimbang akan beri kelebihan kepada pelabur berbanding tumpuan terhadap hak pekerja dan alam sekitar. - Foto AFP -
JAKARTA: Kumpulan pelajar di seluruh Indonesia meneruskan bantahan terhadap Undang-Undang Cipta Kerja yang diluluskan parlimen awal bulan ini, yang ditolak pembangkang kerana dikatakan akan mengikis hak pekerja dan memusnahkan usaha perlindungan alam sekitar.
Bantahan kelmarin berlaku setelah polis menahan ribuan orang minggu lalu ketika penunjuk perasaan di Jakarta bertempur dengan anggota penguatkuasa, melempar batu dan botol, dan membakar perhentian bas.

