Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelajar universiti Pulau Pinang maut selepas leher dikelar
Serangan dikatakan berlaku selepas pertengkaran dengan teman lelaki
Feb 4, 2015 | 12:06 PM
Pelajar universiti Pulau Pinang maut selepas leher dikelar
TAIPING: Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari kelmarin di Kilometer 228.2, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Cik Nursyuhada Johari, 20 tahun, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar, lapor Utusan Malaysia semalam.