Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pelajar universiti tidak sabar mahu keluar undi

Nov 16, 2022 | 05:30 AM



Pelajar universiti awam yang buat pertama kali dapat mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini, sudah tidak sabar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia memilih kerajaan pilihan mereka yang menjanjikan masa depan cerah apabila tamat pengajian nanti.



Pelajar yang ditemui Berita Harian di pusat pengajian tinggi awam di utara Malaysia, menyatakan mereka tidak akan mensia-siakan cuti bermula 17 hingga 21 November ini yang diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan bersama-sama 21,173,638 orang mengundi pada 19 November ini sekali gus mewarnai sistem demokrasi negara.



Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) setakat 30 September 2022 sebanyak 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18-20 tahun manakala 4,614,429 pengundi berusia antara 21-29 tahun.



Berkuat kuasa 15 Disember tahun lepas Undi18 telah diwartakan.



Mereka yang berumur 18 tahun telah didaftarkan secara automatik sebagai daftar pemilih.



Bagi Joshua Lim Kian Hoe, 23 tahun, dari Segamat Johor, beliau begitu teruja untuk buat pertama kalinya akan bersama-sama dengan pengundi lain keluar mengundi pada 19 November ini untuk memilih Anggota Parlimen (AP) pilihan mereka.



Beliau yang akan memandu balik pada 17 November ini menyambut baik pengumuman KPT yang memberi cuti untuk semua pelajar balik untuk mengundi kerana tanpa hari kelepasan itu agak sukar bagi beliau pulang ke Segamat yang jaraknya kira-kira 510 kilometer selain perjalanannya lebih tujuh jam.



"Sebagai pengundi muda yang buat pertama kalinya keluar mengundi, saya akan gunakan hak saya ini untuk memilih pemimpin negara yang boleh membawa kemajuan kepada negara. Pada masa yang sama, calon pilihan saya mesti seorang yang mempunyai sifat baik dan berwibawa sebagai seorang pemimpin," katanya.



Cik Aida Faqihah Shukri, 21 tahun, yang berasal dari Kelantan akan pulang ke kampung pada 18 November ini menumpang kereta abangnya yang juga akan balik mengundi di kampung halaman mereka.



Beliau yang disuruh keluarganya untuk pulang ke kampung, setakat ini belum lagi menetapkan calon yang bakal dipilihnya, dan akan mengikut saja apa yang dipilih oleh keluarga, itulah pilihan beliau.



"Pada saya, perasaan saya biasa saja untuk mengundi buat pertama kali dalam hidup saya," tambahnya.



Bagi Cik Nur Anis Nadira Tarmizi, 22 tahun, yang berasal dari Tokai, Kedah akan mengundi di Parlimen, Pendang.



Beliau tidak sabar menunggu hari yang bersejarah dalam hidupnya itu akan memilih calon yang berwibawa dan mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan demi masa depan negara.



Encik Muhammad Idzham Syah Othman, 23 tahun, pula yang akan mengundi di Teluk Intan, Perak pulang ke kampung pada 17 November ini bagi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi setiap lima tahun bagi memilih pemerintah pilihan beliau.



"Saya bersemangat memangkah buat pertama kali memilih wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sebelum saya memangkah siapa calon pilihan saya, calon itu perlu memenuhi kriteria saya iaitu beliau mesti mempunyai keperibadian tinggi dan amanah," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >