Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Harry Potter, Robbie Coltrane, meninggal dunia

Oct 16, 2022 | 5:30 AM
PERGINYA SEORANG SENIMAN: Pelakon warga Scotland, Robbie Coltrane (gambar atas), yang memegang watak 'Rubeus Hagrid', yang berbadan besar bagi filem bersiri 'Harry Potter', meninggal dunia kelmarin pada usia 72 tahun. - Foto-foto REUTERS, WARNER BROS
PERGINYA SEORANG SENIMAN: Pelakon warga Scotland, Robbie Coltrane (gambar atas), yang memegang watak 'Rubeus Hagrid', yang berbadan besar bagi filem bersiri 'Harry Potter', meninggal dunia kelmarin pada usia 72 tahun. - Foto-foto REUTERS, WARNER BROS -

LONDON: Pelakon warga Scotland, Robbie Coltrane, yang memegang watak 'Rubeus Hagrid' dalam siri filem 'Harry Potter' telah meninggal dunia, kata agen beliau, kelmarin.

Mendiang berusia 72 tahun.

"Klien yang juga rakan saya, Robbie Coltrane, meninggal dunia pada hari Jumaat, 14 Oktober," kata Encik Belinda Wright, dalam satu kenyataan, dan menyifatkan mendiang sebagai "pelakon dengan bakat unik".

Mendiang Coltrane, yang semasa dilahirkan pada 30 Mac 1950, di Rutherglen, berdekatan Glasgow, Scotland, telah diberi nama, Anthony Robert McMillan, memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon, pelawak dan penulis.

Di televisyen, beliau berlakon di samping Emma Thompson dalam satu mini siri BBC, Tutti Frutti, pada 1987.

Bapa dua anak, Spencer dan Alice itu, mula menempah nama dan memenangi pelbagai anugerah atas lakonannya sebagai Dr Eddie "Fitz" Fitzgerald, ahli psikologi jenayah yang kaki minum, dalam siri ITV, Cracker (1993-2006).

Mendiang merupakan penulis bahasa Inggeris, bersama-sama penyusun kamus, Samuel Johnson, membintangi siri komedi, Blackadder the Third, dengan bintang Mr Bean, Rowan Atkinson serta pelakon House, Hugh Laurie.

Beliau juga pernah membintangi dua filem James Bond selaku ejen KGB bertukar bos mafia Russia dalam Goldeneye (1995) dan The World Is Not Enough (1999) - bersama-sama Pierce Brosnan.

Namun, beliau akan sentiasa diingati sebagai 'Rubeus Hagrid', yang berbadan besar bagi filem bersiri 'Harry Potter'.

Peranan itu "membawa keceriaan kepada kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia, menyebabkan peminat mengirim surat tanpa henti setiap minggu selama lebih 20 tahun," kata Cik Wright, yang tidak menjelaskan sebab kematiannya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg