Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Malaysia didakwa hina Putera Mahkota Johor

Jun 14, 2020 | 6:26 PM
Pelakon Malaysia, Patrick Teoh, (kiri) didakwa menghina Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di media sosial.
Pelakon Malaysia, Patrick Teoh, (kiri) didakwa menghina Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di media sosial. - PATRICK TEOH, FAIL ST

JOHOR BARU: Pelakon Malaysia, Patrick Teoh, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baru kerana menghina Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, di media sosial. Bekas penyiar radio berusia 73 tahun itu mengaku tidak bersalah setelah tuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kamarudin Kamsun pada Ahad (14 Jun). Teoh dituduh melakukan kesalahan itu di Southern Tigers di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Jalan Dato Jaafar pada 8 Mei apabila dia dikatakan mengeluarkan kenyataan dengan tujuan menyinggung perasaan orang lain. Sekiranya didapati bersalah, kesalahan itu membawa denda maksimum RM50,000 ($16,300), hukuman penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, dan denda tambahan sebanyak RM1,000 untuk setiap hari kesalahan itu diteruskan. Pada 9 Mei, Teoh dipanggil oleh polis kerana didakwa menghina Tunku Ismail setelah dia mengongsi semula video yang menunjukkan Putera Mahkota dan bebeapa individu lain berpakaian pakaian tentera dan mengendalikan senjata api. Teoh dipercayai telah mengongsi video tersebut pada 8 Mei dan menggunakan kata-kata kesat ketika dia mengulas tentangnya di laman Facebooknya. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg