Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon Star Wars Carrie Fisher meninggal dunia

Dec 28, 2016 | 12:16 PM
Watch on YouTube

LOS ANGELES: Pelakon Carrie Fisher, yang terkenal sebagai Princess Leia dalam filem Star Wars, meninggal dunia pada Selasa (27 Dis), umum anak perempuannya melalui jurucakap keluarga.

"Dengan rasa sedih amat mendalam, Billie Lourd mengesahkan ibu tercintanya, Carrie Fisher, meninggal dunia pada 8.55 pagi ini," kata Encik Lourd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Simon Halls.

"Beliau disayangi dunia, dan beliau akan dirindui dengan mendalam."

Rakan Fisher, bekas bintang Star Wars bersama beliau, Mark Hamill, berkata dalam tweet: "Tiada kata-kata. #Hancur"

William Shatner, yang paling dikenali kerana peranannya dalam siri televisyen Star Trek, berkata beliau akan merinduinya. "Satu bakat indah & cahaya telah padam."

Fisher, anak pelakon Debbie Reynolds dan penyanyi Eddie Fisher, berada di England bagi penggambaran musim ketiga sitkom British, Catastrophe.

Beliau mengalami serangan jantung semasa penerbangan pada Jumaat (23 Dis) lalu dari London ke Los Angeles, dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg