Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelakon wanita saman Bill Cosby atas dakwaan rogol

Oct 17, 2021 | 5:30 AM
PESALAH JENAYAH SEKSUAL: Gambar yang dipetik pada 24 September 2018 menunjukkan pelakon Amerika Syarikat, Bill Cosby, tiba di mahkamah di Norristown, Pennsylvania, untuk menghadapi hukuman atas serangan jenayah seksual. - Foto AFP
PESALAH JENAYAH SEKSUAL: Gambar yang dipetik pada 24 September 2018 menunjukkan pelakon Amerika Syarikat, Bill Cosby, tiba di mahkamah di Norristown, Pennsylvania, untuk menghadapi hukuman atas serangan jenayah seksual. - Foto AFP -

NEW YORK: Seorang pelakon wanita telah mengemukakan saman malu ke atas pelakon veteran terkenal, Bill Cosby, mendakwa pelawak itu telah menggunakan dadah ke atasnya dan merogolnya di New Jersey 31 tahun lalu, dokumen mahkamah menunjukkan.

Cik Lili Bernard berkata Cosby telah memujuknya ke pusat peranginan kasino di Atlantic City sekitar Ogos 1990 dengan alasan bertemu dengan seorang penerbit yang katanya dapat membantu memajukan beliau dalam kerjayanya.

Semasa di dalam bilik hotel, Cosby telah membuatkan untuknya satu minuman bukan beralkohol, dan selepas diminum, Cik Bernard berkata beliau muntah dan hilang sedar.

Beliau kemudian bangun dan mendapati Cosby merogolnya, menurut surat tuntutan yang difailkan pada Khamis lalu.

Cik Bernard berkata, beliau kemudian hilang sedar sekali lagi dan mendapati dirinya dalam "keadaan berbogel dan bersendirian di dalam tab mandi atau jacuzzi yang kosong di kamar mandi."

Pada pagi keesokannya, Cosby memberi Cik Bernard wang dan berjalan bersamanya ke kereta yang sedang menunggu, yang membawanya kembali ke New York, kata kertas tuntutan itu lagi.

Cosby, dakwanya, "juga mengasak secara seksual, memukul dan memberi dadah" kepada Cik Bernard "pada masa-masa lain" dan mengancam untuk mengemukakan saman ke atasnya kerana memfitnah jika beliau melaporkan kepada pihak polis, menurut dokumen itu lagi.

Cik Bernard berkata, beliau mengalami trauma psikologi, mental dan jasmani dan memohon AS$125 juta ($169 juta) sebagai pampasan kerugian.

Beliau mengemukakan saman di bawah undang-undang New Jersey yang memberi mangsa penganiayaan seksual tempoh dua tahun yang berakhir bulan depan untuk mengemukakan tuntutan sivil ke atas penganiaya, tanpa mengira bila penganiayaan itu berlaku.

Seorang jurucakap Cosby berkata dalam satu kenyataan bahawa pihak pendakwa raya di New Jersey telah menamatkan siasatan ke atas tuduhan Cik Bernard pada 2015 tanpa mengenakan tuduhan ke atas Cosby. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg