Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelaksana dasar perang dadah Duterte lebih rela 'digantung' di Filipina

Bekas ketua polis ulas langkah Mahkamah Jenayah Antarabangsa luluskan siasatan ke atas dasar yang sebabkan ribuan maut
Sep 22, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Pelaksana utama dasar perang dadah Presiden Rodrigo Duterte berkata beliau lebih rela "disabitkan dengan kesalahan dan malah digantung" oleh mahkamah Filipina daripada mahkamah asing bagi peranannya dalam tindakan maut itu.



Encik Ronald Dela Rosa, ketua polis pertama yang melaksana kempen antinarkotik Encik Duterte pada 2016, berkata demikian kelmarin, beberapa hari selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) meluluskan siasatan penuh dijalankan terhadap dasar kontroversial itu.



Senator dan sekutu rapat Encik Duterte itu memberitahu satu sidang Senat Filipina beliau "dituduh bersama" presiden itu dalam siasatan ICC tersebut.



"Saya lebih rela diadili, disabitkan dengan kesalahan dan malah digantung di sebuah mahkamah Filipina daripada diadili, disabitkan dan digantung di sebuah mahkamah asing," kata Encik Dela Rosa semasa pendengaran belanjawan Suruhanjaya Hak Asasi, sebuah badan negara yang bebas.



Hukuman mati di Filipina dimansuhkan pada 1987 dan diperkenal semula enam tahun kemudian, sebelum ia dimansuhkan sekali lagi pada 2006.



ICC tidak melaksana hukuman mati.



Encik Dela Rosa, yang bersara sebagai ketua polis pada 2018 dengan diiktiraf sebagai wira, dinamakan oleh hakim ICC selepas mereka meluluskan satu siasatan dijalankan apabila mendapati tindakan antidadah yang dilakukan Encik Dela Rosa boleh menjadi jenayah ke atas kemanusiaan.



Sebahagian penganiayaan masyhur semasa kempen antidadah itu berlaku di bawah kepimpinan Encik Dela.



Ia termasuk pembunuhan pada 2017 seorang remaja, Kian delos Santos, yang membawa kepada sabitan pertama pegawai polis yang menjalankan perang dadah itu.



Encik Dela Rosa mempertahan sistem keadilan jenayah Filipina, sambil menyatakan tidak perlu membuktikan kepada dunia bahawa ia berkesan.



Apa pun, beliau berkata: "Saya lebih suka sebuah sistem keadilan jenayah dijalankan macam neraka daripada sebuah (sistem) keadilan jenayah dijalankan macam syurga oleh hakim asing."



Pada satu ketika semasa sesi pendengaran itu, Encik Dela Rosa menyifatkan dirinya sebagai seorang "pejuang hak asasi" bagi mangsa penjenayah "gila dadah" dan berkata beliau "tidak nampak jenayah ke atas kemanusiaan dilakukan".



Sekurang-kurangnya 6,181 orang mati dalam lebih 200,000 operasi antidadah yang dijalankan sejak Julai 2016, menurut perangkaan rasmi terkini yang dikeluarkan oleh Filipina.



Pendakwa raya ICC dalam kertas mahkamah menganggarkan jumlah kematian antara 12,000 hingga 30,000.



Encik Duterte belum memberi jawapan secara umum terhadap siasatan ICC itu, tetapi peguamnya berkata minggu lalu beliau tidak akan bekerjasama. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >