Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelan AS awasi Al-Qaeda di Afghan melalui serangan udara timbulkan keraguan

Oct 02, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Rancangan Pentagon untuk bergantung pada serangan udara bagi mencegah kebangkitan kumpulan Al-Qaeda setelah pasukan tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan, telah menimbulkan keraguan beberapa pakar dan penggubal undang-undang tentang keberkesanan strategi yang digelar 'melalui udara' itu.

Mengumumkan pengunduran tentera Amerika sepenuhnya pada April lalu, Presiden Joe Biden berjanji tidak akan membenarkan kebangkitan semula Al-Qaeda di Afghanistan, di mana Osama bin Laden merancang serangan 11 September 2001 di New York dan Washington.

Sejak itu, Pentagon berulang kali mendakwa pihaknya mampu mencegah kebangkitan militan Al-Qaeda dan ISIS di Afghanistan menggunakan strategi 'melalui udara' dari pangkalan Amerika atau kapal induk.

"Operasi 'melalui udara' ini sukar tetapi boleh dilakukan," kata Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata pada Rabu lalu.

"Dan perisikan yang menyokongnya berasal daripada pelbagai sumber, dan bukan hanya daripada tentera Amerika di lapangan."

Kenyataan Encik Austin itu dibuat kira-kira dua minggu setelah ketua Pentagon terpaksa memohon maaf kepada saudara-mara orang awam Afghanistan yang terbunuh dalam satu serangan dron di Kabul pada 29 Ogos lalu.

Sasaran serangan dron itu disyaki militan ISIS tetapi akhirnya membunuh 10 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak, dalam apa yang disebut Encik Austin sebagai "kesalahan mengerikan".

Ia adalah antara serangan terbaru dron Amerika yang menyebabkan korban awam di Afghanistan, menjadi salah satu isu paling kontroversial selama 20 tahun perang di negara itu dan menimbulkan kritikan daripada rakyat Afghanistan.

Strategi 'melalui udara' itu juga diragukan sejumlah pakar dan penggubal undang-undang yang mempersoal tentang keberkesanan serangan jarak jauh di Afghanistan, yang jaraknya ribuan kilometer dari pangkalan Amerika terdekat.

Encik Mike Waltz, seorang penggubal undang-undang Republikan dari Florida, menuduh Encik Biden dan Encik Austin menjaja 'fiksyen' ketika membentangkan kemampuan strategi 'melalui udara' itu.

Tidak seperti di Iraq, di mana tentera Amerika berperang IS dengan pasukan pemerintah Iraq; atau Syria, di mana tentera Amerika bekerjasama dengan pejuang Kurdi, Amerika tidak mempunyai sekutu di Afghanistan atau pangkalan berdekatan, kata Encik Waltz.

"Dron ini harus terbang mengelilingi pinggir sempadan Iran, hingga ke Pakistan dan kehilangan 70 hingga 80 peratus minyak mereka sebelum sampai berdekatan sasaran," kata Encik Waltz, seorang bekas anggota pasukan khas Amerika yang bertugas di Afghanistan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >