Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Pelan baharu $2.38 trilion disaran Presiden Biden

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden mengusulkan satu pelan baharu bernilai AS$1.8 trilion ($2.38 trilion) yang menyeluruh semasa berucap di sesi bersama Kongres kelmarin sebagai menandakan 100 hari pentadbirannya.



Dalam ucapannya itu, beliau turut menggesa penggubal undang-undang dari Parti Republikan untuk bekerja bersama-samanya dalam isu-isu yang memecahbelahkan negara dan dalam berdepan persaingan sengit China.



Membentangkan satu wawasan yang menyaksikan lebih banyak pelaburan pemerintah dibiayai golongan kaya, Presiden Demokrat itu turut menggesa anggota Republikan yang sejauh ini menolaknya, untuk membantu meluluskan pelbagai rang undang-undang yang dipersoalkan, dari cukai kepada reformasi polis kepada soal kawalan dalam penggunaan senjata api dan isu imigresen.



Anggota Republikan dilihat duduk diam semasa Encik Biden berucap sementara anggota Demokrat memberi tepukan semasa ucapan beliau.



Encik Biden, yang memulakan tempoh kepresidenan pada Januari lalu, juga merayu agar cukai korporat dinaikkan dan golongan kaya Amerika bantu membayar "Pelan Keluarga Amerika" bernilai $2.38 trilion itu.



"Telah tiba masa golongan korporat Amerika dan 1 peratus terkaya dalam kalangan rakyat Amerika membayar bahagian mereka - cukup bayar bahagian mereka yang saksama sahaja," kata Encik Biden.



Beliau membuat rayuan itu di Dewan Perwakilan dalam satu acara yang lebih kecil berbanding tahun lalu disebabkan pandemik Covid-19, membuka pelitupnya untuk berucap kepada sekumpulan 200 anggota Demokrat dan Republikan, pegawai dan tetamu.



Apa yang dilakukan Encik Biden adalah untuk menarik sokongan dari kalangan ahli dewan Republikan yang membantah langkah perbelanjaan lebih tinggi dan meningkatkan cukai untuk membayarnya, dan golongan liberal Demokrat yang mahukan beliau mengetengahkan pelan yang lebih agresif.



Menurut Encik Biden, beliau bersedia untuk bekerja bersama-sama dengan kedua-dua pihak bagi mencapai persetujuan, dan beliau akan bertemu dengan ahli Dewan tertinggi Demokrat dan Republikan di Rumah Putih pada 12 Mei ini untuk cuba mencapai jalan tengah.



Masih belum jelas sama ada Encik Biden boleh benar-benar menarik ahli Dewan Republikan melangkah jurang yang lebar, dengan Kongres benar-benar terbahagi dan Demokrat hanya meraih majoriti tipis.



Beliau telah berjanji sepanjang kempen kepresidenan tahun lalu untuk bekerja bersama-sama dengan Republikan, tetapi pencapaian beliau sejauh ini, yakni pelan rangsangan pandemik bernilai $1.9 trilion ($2.52 trilion), telah diluluskan tanpa undi Republikan.



Republikan di Kongres telah pun memusatkan perhatian mereka dalam meraih kelebihan dalam pilihan raya kongres pertengahan penggal pada 2022, dan cuba menyatukan parti yang terbahagi itu bagi menolak Encik Biden.



Ramai mempersoalkan budi bicara Encik Biden dalam mendakapi dasar perbelanjaan yang lebih agresif berbanding yang dijangkakan kebanyakan sekutunya atau lawannya.



Rumah Putih mengharapkan sekurang-kurangnya sesetengah ahli Republikan akan berpaling demi sokongan popular.



Tinjauan mendapati kebanyakan rakyat Amerika menyokong pelaburan lebih tinggi di sekolah-sekolah, pendidikan, dan prasarana, dan meningkatkan pencukaian ke atas golongan kaya.



Respons awal Republikan terhadap ucapannya lebih bersifat keraguan, dan agak menolak.



"Kesemuanya harus di e-melkan sahaja," tulis ahli Dewan Republikan, Encik Kevin McCarthy, dalam Twitter.



Puak kiri Demokrat dalam pada itu inginkan lebih lagi.



Seorang ahli Demokrat yang liberal, Encik Jamaal Bowman berkata, usulan Encik Biden adalah penting "tetapi tidak cukup besar sebagaimana kami perlukan untuk menyelesaikan krisis pekerjaan, iklim dan penjagaan."



Encik Biden menghujahkan bahawa usulannya untuk keluarga dan prasarana, yang keseluruhannya berjumlah sekitar AS$4 trilion, mewakili satu pelaburan sekali-dalam-satu-generasi yang penting untuk masa depan Amerika.



"Malam ini, saya datang untuk bercakap tentang krisis - dan peluang," katanya.



"Tentang membangunkan semula negara kita - dan mencergaskan semula demokrasi kita. Dan memenangi masa depan untuk Amerika." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >