SPH Logo mobile
Langgan|

Pelancong Jerman maut dipijak gajah

Pelancong Jerman maut dipijak gajah

Oct 2, 2018 | 3:20 PM

Pelancong Jerman maut dipijak gajah

Foto: Wilderness Safari
Foto: Wilderness Safari -

HARARE: Pelancong wanita Jerman berusia 49 tahun maut dipijak gajah di rizab popular di utara Zimbabwe ketika mangsa cuba merakamkan gambar haiwan itu, kata pegawai hidupan liar hari ini.

Serangan berlaku semalam di Mana Pools selepas wanita itu meninggalkan kenderaan perlindungan yang dinaikinya.

"Maklumat yang kami peroleh adalah pelancong menemui sekumpulan gajah apabila memasuki taman itu dan mula mengambil gambar.

"Kami tidak tahu apa mengganggu haiwan berkenaan sehingga ia menyerang wanita itu," kata jurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Zimbabwe, Tinashe Farawo.

Wanita berkenaan meninggal dunia semalam akibat kecederaan dialami.

Nama mangsa tidak didedahkan oleh pegawai.

Kes serangan dilakukan gajah adalah biasa di Zimbabwe yang memiliki kira-kira 84,000 mamalia itu.

Tahun lalu, seekor gajah terlatih memijak pemandu pelancong di Victoria Falls, resort peranginan di barat negara itu. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg