Pelantikan PM baru 'diharap tamatkan kemelut politik, tangani Covid-19', Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Pelantikan PM baru 'diharap tamatkan kemelut politik, tangani Covid-19'

Aug 21, 2021 | 05:30 AM

YANG di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berharap pelantikan perdana menteri baru akan menamatkan kemelut politik negara itu dengan segera.

Beliau menitahkan semua Anggota Parlimen (AP) supaya dapat mengetepikan agenda politik masing-masing dan bersatu hati serta bersepakat berusaha menangani pandemik Covid-19, demi kepentingan rakyat dan negara.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan petang semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata:

"Seri Paduka Baginda mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tidak berkesudahan pada ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat pandemik Covid-19.

"Ahli Dewan Rakyat (Parlimen) turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat."

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan berterusan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dalam menyempurnakan tanggungjawab baginda, selaku Raja Berperlembagaan yang berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-undang."

Kenyataan itu dikeluarkan selepas berakhirnya Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Kenyataan itu juga mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, 61 tahun, sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Majlis pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri dijadual diadakan hari ini kira-kira 2.30 petang di Istana Negara.

Sementara itu, Umno mengucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Sabri, yang memegang jawatan naib presiden parti itu, atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri baru.

Dalam satu kenyataan ringkas semalam, Presiden dan kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) serta ahli Umno di seluruh Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan itu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, pula berharap Datuk Ismail Sabri akan menjadi Perdana Menteri yang berjaya dengan beliau perlu memastikan "perang terhadap Covid-19 dimenangi".

Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya, berkata Datuk Ismail Sabri bernasib baik sebab menang jawatan naib presiden Umno apabila berlaku perubahan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN), dengan beliau dilantik sebagai Menteri Kanan dan kemudiannya, pada tempoh amat singkat, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Namun sudah tentu dalam situasi ekonomi dan pandemik Covid-19 yang luar biasa dengan angka melebihi 23,000 hari ini (semalam), apabila beliau diumumkan sebagai perdana menteri, adalah situasi yang amat mencabar.

"Beliau memerlukan formula luar biasa yang jauh lebih baik daripada apa yang ditawarkan PN sebelum ini, contohnya formula ekonomi yang lebih ampuh dan berkesan demi kebaikan rakyat.

"Begitu juga strategi baru untuk menangani Covid-19 dengan lebih baik.

"Vaksinasi boleh selesai pada Oktober ini, bukan satu masalah lagi, tetapi cabarannya bagaimana mahu menurunkan kes baru daripada 23,000 kepada misalnya 3,000.

"Beliau perlu mencari jalan demi meningkatkan kepercayaan rakyat dengan menunjukkan kepimpinan beliau berbeza daripada kerajaan PN sebelumnya supaya tidak dianggap sebagai PN2.0," katanya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sokongan gabungan itu kepada Datuk Sabri Ismail sebagai Perdana Menteri bergantung kepada komitmen beliau untuk memastikan anggota Kabinetnya merangkumi individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

"Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan," katanya dalam satu kenyataan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map