Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelarian Rohingya diberi rawatan lepas mendarat di Aceh

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



BANDA ACEH: Pihak berkuasa Indonesia kelmarin memaklumkan pelarian Rohingya diberi rawatan perubatan kecemasan selepas sebuah lagi bot membawa hampir 200 orang mendarat di negaranya.



Ini adalah pendaratan keempat bot pelarian Rohingya di negara itu sejak dua bulan lalu dan menurut maklumat yang diperoleh, mungkin ada lagi bot lain yang menyusul dari Bangladesh.



Setiap tahun ribuan pelarian Rohingya, kebanyakannya beragama Islam, dianiaya teruk di Myanmar yang majoriti penduduknya penganut Buddha.



Pelarian Rohingya mempertaruhkan nyawa mereka mengharungi perjalanan laut yang panjang dan sanggup membayar kos yang tinggi untuk menaiki bot usang, dalam usaha mereka untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia.



Menurut jurucakap polis tempatan, Encik Winardy, bot kayu itu tiba kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan di sebuah pantai di wilayah paling barat Aceh di Indonesia.



"Seramai 185 pendatang Rohingya mendarat di daerah Pidie, merangkumi 83 lelaki dewasa, 70 perempuan dewasa dan 32 kanak-kanak.



"Mereka ditempatkan sementara di kemudahan tempatan, dengan pekerja kesihatan merawat mereka yang sakit," katanya dalam satu kenyataan.



Seorang pekerja kesihatan memberitahu AFP, ada dalam kalangan pelarian itu mengalami 'dehidrasi' atau kekurangan air dalam badan yang teruk, manakala beberapa kanak-kanak mengalami simptom muntah.



Tiada maklumat lanjut mengenai tempoh dan syarat perjalanan, namun menurut seorang pelarian, mereka berlepas dari Bangladesh.



Seorang ketua masyarakat nelayan tempatan, Encik Marfian, berkata tidak lama selepas pelarian mendarat, sesetengah daripada mereka kelihatan berada dalam keadaan terlalu lemah.



"Apabila mereka berada di pinggir pantai, penduduk tempatan menghulurkan bantuan dengan memberi mereka makanan," katanya.



Tambah beliau, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa nelayan Aceh banyak membantu bot Rohingya mendarat tetapi bot terbaru dibawa ke darat oleh tiupan angin, kerana nelayan tempatan semakin keberatan untuk membantu.



Encik Winardy memaklumkan, pihak berkuasa sedang menyelaras usaha tindak balas pelarian memandangkan pendaratan mereka di Aceh sudah menjadi semakin kerap dan rakyat tempatan kini kurang senang dengan kehadiran mereka.



Difahamkan, perbezaan budaya dan sikap pelarian Rohingya itu sendiri yang mengganggu masyarakat tempatan menjadi punca utama penduduk setempat menggesa kerajaan mengusir mereka secepat mungkin.



"Pendaratan terbaru bot di Aceh semalam (kelmarin) berlaku sehari selepas bot yang membawa 57 pelarian Rohingya mendarat di wilayah itu selepas sebulan berada di laut," katanya.



Malaysia adalah destinasi pilihan bagi kebanyakan pelarian Rohingya, tetapi kebanyakan bot mereka sering terkandas di Indonesia, di mana penduduk di situ majoriti Islam, sebelum ini dilihat lebih mesra dalam mengalu-alukan mereka.



Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia sebelum ini menggesa negara di rantau ini supaya segera membantu bot yang membawa pelarian Rohingya, yang sering dilaporkan hanyut selama berminggu-minggu di lautan Hindi.



Ahad lalu, Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), berkata kira-kira 180 pelarian Rohingya yang berada di laut selama berminggu-minggu dikhuatiri maut selepas kali terakhir dilihat di Laut Andaman.



Mereka menyatakan kebimbangan itu selepas anggota keluarga pelarian terbabit mengatakan bahawa mereka terputus hubungan dan menganggap tiada penumpang yang terselamat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >