Topik diikuti
Pergi ke BHkuPelawak, penerbit filem berdamai lepas insiden tampar depan Najib
POLIS CUBA LERAI KEKECOHAN: Kekecohan berlaku apabila pelawak Sulaiman Yassin, atau Mat Over (tengah dalam gambar atas sekali ) menampar penerbit filem David Teo di depan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Rosyam Nor. Mereka berdua kemudian berdamai dengan bermaaf-maafan dan bersalaman di depan Datuk Seri Najib dan Rosyam (kiri dan kanan dalam gambar atas). - Foto NSTP
May 19, 2017 | 5:30 AM
PUTRAJAYA: Kekecohan kecil melibatkan pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berakhir dengan baik apabila dua penggiat seni Malaysia itu berdamai.
Sulaiman, yang lebih dikenali sebagai Mat Over, dan Teo bersalaman serta berpelukan dengan disaksikan Datuk Seri Najib dan moderator sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni, Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam kelmarin.
