Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pelawak veteran Jamali Shadat meninggal dunia

Feb 03, 2021 | 01:05 PM



SESIAPA yang dewasa pada tahun 1970-an dan 1980-an pasti akan mengingati lawak jenaka Datuk Jamali Shadat yang mencuit hati.



Kebolehannya membuat suara kanak-kanak kecil bernama Atan terpahat di ingatan.



Pada pagi Rabu (3 Februari), segala memori itu tinggal kenangan apabila Jamali meninggal dunia pada usia 78 tahun di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang.



Akhbar Sinar Harian melaporkan pemergian Allahyarham disahkan anaknya, Fauzi Jamali, 48 tahun.



Menurut Fauzi, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada 8.15 pagi.



Sebelum ini, Jamali dilaporkan uzur dan perlu diuruskan anak dan menantunya.



Kata Fauzi, anak keenamnya:

“Bapa saya lebih banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibu, Allahyarhamha Lela Yacob pada Jun 2018.



“Tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.”



Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.



Bakatnya dikesan selepas dinobatkan sebagai naib juara peraduan Bakat TV. Undangan diterima bagi merakam lawak jenakanya dalam bentuk pita gramafon, kaset dan piring hitam dan cakera padat.



Beliau cukup terkenal dengan kebolehannya  menghasilkan suara watak rekaan  kanak-kanak yang cukup ikonik pada tahun 1980-an  iaitu Atan.



Berbekalkan watak Atan itu, Jamali ke mana-mana dengan menghasilkan sketsa melibatkan perbualannya dengan Atan.



Beliau bahkan pernah diundang sebagai pengacara bersama bagi rancangan Hari Raya untuk kanak-kanak yang disiarkan Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC).



Dengan membawakan watak Atan juga, beliau menerajui rancangan itu bersama dua bintang kecil yang kini masih berkecimpung dalam dunia seni, Djohan Abdul Rahman dan Rilla Melati.



Watak Atan cukup diingati sebagai budak nakal yang selamba dan sering membuli datuknya.



Sepanjang lebih lima dekad penglibatannya dalam dunia lawak jenaka, Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.



Selain tampil sebagai pelawak ‘stand-up’ yang bergiat solo di pentas menghiburkan hati ramai, Jamali juga pernah menjayakan beberapa filem termasuk Aku Yang Berhormat, Hantu Siang, Mr Cinderella 2, Senario The Movie Episode 2: Beach Boys dan Semerah Cinta Stilleto.



Filem terakhirnya adalah  filem Tamil, Sun Sun Thatha pada 2012.

Beliau juga pernah menjadi mentor Raja Lawak Astro dan tampil sebagai watak jemputan Atan dalam animasi Upin & Ipin.



Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air (YKTA) dalam satu lampiran pos Instagram berkata pengerusinya, Datuk DJ Dave dan Datuk Nash telah mengunjungi Jamali pada 7 Ogos 2020. 



Pada waktu itu, Jamali kelihatan lebih banyak berdiam sahaja tetapi tersenyum menyambut DJ Dave dan Nash.



“Kita sedih dengan perkhabaran ini. Ternyata pemergiannya tiada ganti,” kata DJ Dave dalam kenyataan YKTA.



Seorang penggemar lawak jenaka Jamali, Verra Kathaigal menulis di Instagramnya:



“Kehilangan besar dalam dunia seni. Berehatlah, Tuan Jamali. Terima kasih kerana mewarnai zaman kanak-kanak kami dengan lawak jenaka anda yang menghiburkan.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >