Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelawat ke M'sia dari Johor perlu buat permohonan 7 hari sebelum ketibaan

Aug 30, 2021 | 5:30 AM
4744e306-70bb-4b62-983e-1c9dbe447eb4
-

KUALA LUMPUR: Pelawat yang mahu masuk ke Malaysia menerusi pintu masuk antarabangsa (PMA) di Johor diarahkan untuk mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan.

Langkah itu dilaksanakan dengan mengambil kira jumlah kemasukan pelawat yang tinggi melalui PMA Johor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata permohonan untuk menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman akan diproses oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia

Semua permohonan perlu dikemukakan kepada cprcjknj@moh.gov.my, iaitu sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

"Pelawat juga perlu menjalani saringan ujian pengesanan jangkitan Covid-19 menggunakan ujian RT-PCR Covid-19 selewat-lewatnya tiga hari sebelum berlepas," katanya.

Penilaian risiko terhadap pengembara dibuat berdasarkan kepada permohonan untuk kuarantin di rumah atau tempat kediaman akan dilaksanakan, dan rumah atau kediaman itu dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

Antara syarat adalah individu warganegara tempatan dan asing mempunyai rumah atau tempat kediaman di Malaysia, negatif ujian RT-PCR, lengkap vaksinasi, dan rumah atau tempat kediaman adalah bersesuaian.

Individu yang lengkap divaksin adalah individu yang memenuhi kriteria-kriteria iaitu jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Comirnaty (Pfizer-BioNTech); Covid-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca); CoronaVac (Sinovac); Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm); mereka mestilah sudah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

"Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan seperti Covid-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino), individu berkenaan mestilah sudah melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan," katanya.

Pelawat warganegara dan bukan warganegara yang tidak memenuhi syarat dan kelayakan perlu menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin yang ditawarkan oleh kerajaan dengan biaya ditanggung sendiri.

Dr Noor Hisham berkata semua pelawat perlu menjalani penilaian kesihatan dan ujian RT-PCR Covid-19 sekali lagi semasa ketibaan di PMA.

Pelawat yang bergejala ringan dikehendaki menjalani ujian RTK-Antigen atau RT-PCR dan mereka dibenarkan untuk kuarantin di rumah, namun tindakan selanjutnya bergantung kepada keputusan ujian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg